“Its Okay, Tak Payah Pertik4ikanlah,” – Siti Nurhaliza

Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza memberikan pesanan kepada mana-mana pihak yang bertindak mempersoalkan tindakan sesetengah selebriti yang memilih untuk menutup wajah anak mereka apabila memuat naiknya di media sosi4l.

Siti berpandangan, tindakan sedemikian tidak sepatutnya dijadikan isu kerana penjaga (ibu bapa) mempunyai hak dan pilihan tersendiri.

“Bagi saya itu terpulang kepada ibu bapa. Masing-masing ada alasan tersendiri. Semua orang ada pilihan. Macam saya sendiri, ada pilihan untuk tunjukkan wajah anak atau sebaliknya.

“Itu masing-masing dan saya menghormati. Saya tidaklah rasa nak komen begitu begini. Masing-masing pasti tahu apa yang dibuat. Kerana apa dan niat itu sebab apa.

“Its okay, tak payah pertikaikanlah,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka anjuran Universal Music Malaysia, di Hotel Sheraton Petaling Jaya, baru-baru ini.

Siti bagaimanapun percaya, apabila sudah bersedia, pasti selebriti yang baru sahaja mel4hirkan anak khususnya akan memperkenalkan wajah si kecil untuk tatapan peminat.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Terdahulu, isv artis ‘tutup’ wajah anak kian diperkatakan apabila usahawan sensa5i, Kak KM atau Liana Rosli menyatakan rasa rim4s dengan tind4kan segelintir selebriti yang berkongs1 gambar bayl selepas bers4lin, namun tidak mended4hkan wajah penuh.

Sementara itu, Siti pada majlis sama turut menyampaikan lagu raya barunya, Lip Lap Raya.

sumber:mh

Be the first to comment on "“Its Okay, Tak Payah Pertik4ikanlah,” – Siti Nurhaliza"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*