“Remb4t seluar adik siapa tu?”-Dikrit1k Karaoke Berpakaian Ketat, Ini Reaksi Hawa Rizwana

Sebut sahaja nama Hawa Rizwana, pasti terlintas wajah personaliti TV dan penyampai radio itu dalam fikiran yang dikatakan mirip seperti selebriti terkenal Neelofa.

Terbaru, perkon gsian video di laman TikTok milik personaliti berusia 27 tahun itu menerima kr itikan di kalangan warganet.

Karaoke bersama peminat, tapi berpakaian ke tat?
Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh Hawa, dilihat dia sedang asyik berkaraoke bersama para peminat.

Namun begitu, penampilan yang digayakan oleh figura itu dike cam oleh warganet kerana kelihatan ketat.

Ni Neelofa masa mula2 berhijrah dulu ke?

Terima kasih tegur saya…

Sedar perkongs ian video tersebut dikr itik warganet, Hawa mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memberikan teg uran kepadanya. Jelasnya lagi, segala krit ikan yang diberikan akan dijadikan sebagai iktibar untuk masa akan datang.

“Terima kasih atas komen-komen yang diberikan.

“Saya tidak m arah dan mengambil iktibar supaya menjadi seorang yang lebih baik di masa akan datang,”katanya kepada mStar.

Pada masa yang sama, Hawa memberitahu penampilan yang warganet lihat di dalam video tersebut sememangnya merupakan gaya kasual yang selalu dipakai apabila keluar.

Berikut sedikit info mengenai Hawa

1. Nama penuhnya, Hawa Rizwana binti Ahmad Redzuan.

2. Lahir di Illinois, Amerika Syarikat pada 7 September 1995.

3. Berusia 27 tahun.

4. Berdar ah keturunan Arab, Siam dan Aceh.

5. Kediamannya terletak di Kuala Lumpur, Malaysia.

6. Anak kedua daripada tiga beradik. Mempunyai seorang abang dan seorang adik lelaki.

7. Bekas penuntut Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9 Shah Alam, SM Sains Muar dan asasi undang-undang UiTM Shah Alam.

8. Berkelulusan Sarjana Muda Kewartawanan daripada Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Shah Alam.

9. Bapanya, Prof. Dato’ Dr. Ahmad Redzuan Abdul Rahman merupakan bekas pengacara program bual bicara pagi, Selamat Pagi Malaysia (SPM) sekitar era 90-an.

10. Gara-gara wajahnya yang seakan-akan pelakon Neelofa, beliau pernah menjadi tular di laman sosi al.

11. Sebelum ini bertugas sebagai penyampai Berita TV9 dari tahun 2016 hingga 2018 sebelum beralih sebagai penyampai Buletin Utama TV3.

12. Juga dikenali sebagai Instafamous. Gemar memuat naik video menari dan masakan di Instagram.

13. Belum bersedia menjadi pelakon kerana ingin memberi fokus terhadap bidang penyiaran dan kewartawanan terlebih dahulu.

Fakta Menarik

Pernah mengikuti latihan industri sebagai wartawan penyiaran menerusi program Wanita Hari Ini (WHI).

Dalam bidang tarian, beliau pernah mewakili negara untuk sebuah persembahan di Hungary. Turut menduduki tangga kedua di Festa Mukal peringkat antarabangsa yang berlangsung di Labuan.

Hobinya melukis khususnya berkaitan fesyen baju, menari, memasak, membaca buku dan menaiki basikal.

Meminati Neelofa kerana beranggapan selebriti itu bukan sahaja berkarisma, malah bijak dalam bidang keusahawanan.

Sumber: mStar (Farol Hadi), TikTok @hawarizwanaredz

Be the first to comment on "“Remb4t seluar adik siapa tu?”-Dikrit1k Karaoke Berpakaian Ketat, Ini Reaksi Hawa Rizwana"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*