“Murah rezeki abang” – [VIDEO] Lelaki Beri Anjing Jalanan Makan Pizza & Ayam Goreng Buat Netizen Terharu

Sebagai manusia, kita bukan sahaja perlu berbuat baik kepada manusia lain tetapi kita juga perlu berbakti kepada ciptaan tuhan yang lain seperti haiwan dan tumbuhan.

Haiwan peliharaan seperti anj ing dan kucing amat memerlukan penjagaan daripada manusia, jika anda tidak mampu untuk mengambilnya sebagai haiwan peliharaan, terdapat cara lain untuk membantu dan menjaga mereka, terutamanya haiwan yang berada di jalanan.

Seorang anak muda telah menarik perhatian netizen apabila dia berkong si beberapa video yang menunjukkan dia memberi makanan kepada anj ing jalanan.

Pengguna TikTok @faiz.aizif sering mendokumenkan kehidupan hariannya memberi makan anjing li4r di kawasan lapang berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

Video:

Dia sering memberikan makanan kering dan basah kepada haiwan terbiar itu tetapi ada beberapa video dia memberikan makanan segera seperti pizza dan ayam goreng kepada mereka.

Ramai juga yang berasa risau apabila Faiz memberikan makanan sebegitu akan memberikan kesan kepada an jing, bagaimanapun difahamkan pemuda itu telah meminta untuk tidak memasukkan bahan yang boleh menjejaskan kesihatan an jing-an jing tersebut.

Komen Netizen:

Selain itu, dalam videonya yang lain, Faiz juga mendapat der ma daripada tidak lain tidak bukan, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin yang merupakan seorang pencinta haiwan.

Netizen juga kagum dengan perbuatan anak muda itu dan rata-rata memuji sifat kemanusiaan yang amat patut dicontohi malah, ruangan komen juga dipenuhi dengan doa untuk pemuda itu.

sumber:lobakmerah

Be the first to comment on "“Murah rezeki abang” – [VIDEO] Lelaki Beri Anjing Jalanan Makan Pizza & Ayam Goreng Buat Netizen Terharu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*