Dua hari menghil4ngkan diri, kedutaan Indonesia di Amerika sahkan Marshanda sudah ditemui 

KEHILANGAN Marshanda di Amerika Syarikat membuatkan keluarga dan peminatnya di Indonesia bimbang dengan keselamatan pelakon dan penyanyi itu.

Apatah lagi, Marshanda dilaporkan mengalami gang guan men tal iaitu Bip olar yang sudah dideri tainya sejak beberapa tahun lalu.

Bagaimanapun selepas dua hari tanpa khabar berita, wakil Kedutaan Besar Indonesia di Amerika iaitu Rosan Roeslani memaklumkan Marshanda sudah ditemui dalam keadaan selamat.

Marshanda kini sedang berada dalam jagaan Kedutaan Indonesia di Los Angeles dan dijadualkan akan berlepas pulang ke Jakarta dalam masa terdekat.

Rosan dalam satu kenyataan ringkas kepada Detik.com memaklumkan pihak kedutaan juga sudah berhubung dengan keluarga Marshanda.

“Marshanda kini dalam keadaan baik dan akan berlepas pulang ke Indonesia dalam waktu terdekat atas permintaan keluarganya,” ujar wakil kedutaan itu.

Terdahulu berita kehilangan pelakon itu didedahkan oleh Sheila Salsabila menerusi Instagram Story yang menetap di Los Angeles.

Sehingga kini, tiada sebarang jawapan kepada kehilangan pelakon dan penyanyi itu di Amerika Syarikat. – Detik.com

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa juga untuk follow kami di Fb DUNIA MEDIA!

PERHATIAN : KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HIN44N ATAUPUN CAC14N.

Pihak DUNIA MEDIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak DUNIA MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terima kasih.

Sumber