Ini Antara Artis-artis Malaysia Yang MeninggaI Dunia Di Tanah Suci Mekah

1.Dato S Roomai Noor

Dato S Roomai Noor atau nama sebenarnya Muhamad Muhammad Toyib Bin Salleh merupakan seorang mekanik, gerila, kerani, penulis, pelakon dan pengarah. Dilahirkan di Kampung Tengah, Temerloh Pahang pada 20 Februari 1923 dan mendapat penddidikan awal di sekolah melayu Temerloh, diikuti Sekolah Inggeris Sulaiman, Bentong, Pahang sehingga ke peringkat Junior Cambridge.

Beliau memulakan karier lakonan pertamanya dalam filem Chinta arahan B. S. Rajhans pada tahun 1948. Filem arahannya yang pertama ialah filem Adam pada tahun 1956.

Beliau turut membintangi filem arahan pertama Jins Samsuddin di Studio Merdeka iaitu filem Bukan Salah Ibu Mengandong yang turut menampilkan P. Ramlee, Umi Kalthum, Sarimah, Sharifah Hanim dan Ed Osmera.

Sejak itu, beliau dan isterinya Umi Kalthum kerap membintangi filem-filem arahan Jins. Filem terakhir S. Roomai Noor ialah Sump4han Mahsuri yang ditayangkan pada tahun 1989 dan selepas itu beliau menumpukan perhatian dalam lakonan untuk drama di kaca televisyen.

Pada 16 Mac 1996 bersamaan 25 Syawal 1416 H, beliau meningg4l dunia di Hospital Makkah, Arab Saudi akibat peny4kit paru-paru berair ketika beliau sedang menunaikan umrah sempena musim perayaan Hari Raya Aidilfitri bersama isterinya, Umi Kalthum.

Kisahnya telah diadaptasikan ke dalam sebuah telefilem yang berjudul Pintu No.9 Masjid Nabawi terbitan Zeel Productions Sdn Bhd dimana watak Allahy4rham dilakonkan oleh pelakon Zulkifli Ismail, manakala Noorkumalasari memegang watak isterinya Umi Kalthum.

2.Jeremy Little(Kumpulan Prana)

Industri muzik tanah air dikejvtkan dengan pemerg1an Ketua Pegawai Eksekutif Tune Studios Sdn. Bhd, Jeremy Ahmad Maikel atau dikenali sebagai Jeremy Little (9 Mac 1983 – 8 April 2014) meningg4l dunia pada usia 31 tahun pada 8 April 2014 semasa mengerjakan umrah di Tanah Suci Mekah, Arab Saudi selepas sekian lama bert4rung dengan peny4kit leukemia.

Namanya mungkin kurang dikenali kerana beliau lebih banyak berada di belakang tadbir. Beliau merupakan seorang penerbit muzik, penerbit filem dan ahli perniagaan Malaysia peranakan Melayu dan Inggeris.

Dilahirkan di England kepada bapa berketurunan Inggeris dan ibu berbangsa Melayu, Jeremy bersama abangnya, Jeffrey Little menubuhkan syarikat rakaman Laguna Music pada 2002 yang menaungi Seven Collar T-Shirt, Estrella, Pure Vibracion dan Guba Rawantas.

Dua beradik ini juga mengendalikan studio rakaman mereka, Greenhouse Studio di Ampang, Selangor di mana Jeremy mengetuai pengurusan artis dan perjanjian penged4ran, manakala abangnya mengendalikan penerbitan studio.

Beliau juga berjinak-jinak dalam bidang perfileman menerusi Flux Visual Lab, yang ditubuhkan pada 2010 dan merupakan salah seorang daripada penerbit filem KIL arahan Nik Amir Mustapha lakonan Cristina Suzanne dan Redza Minhat yang menggondol empat pencalonan Anugerah Skrin 2013.

Sepanjang penglibatannya dalam dunia seni, Jeremy merupakan antara individu yang disegani kerana pengaruhnya dalam memartabatkan lirik dan filem bebas. Jawatan beliau sebagai CEO Tune Studios digantikan oleh anak tiri Datuk Siti Nurhaliza, Adib Khalid.

3.Ismail Din

Ismail Din (1951 – 22 Oktober 2005) merupakan seorang pelakon komedi yang terkenal di Malaysia. Beliau berasal dari Jalan Langgar, Alor Star, Kedah.

Beliau mula aktif dalam kegiatan teater, malah Ismail juga adalah antara pengasas kumpulan Angkatan Seni Alor Star (ASAS) yang ditubuhkan pada 1964. Kumpulan ini menghimpunkan ramai anak seni kelahiran Kedah, seperti Zulkifli Zain, Noorjaya, Morad Ibrahim dan Abu Bakar Omar.

Antara filem yang pernah dibintangi almarhum ialah Gemerlapan (1997), Penyair Malam (1998), Anaknya Sazali (2000), Anak Mami The Movie (2002), Mami Jarum (2002), Embun (2002), Mistik (2003), Mami Jarum Junior (2003), Hingga Hujung Nyawa (2004), Lady Boss (2005) dan Anak Mami Kembali (2005).

Ismail Din meningg4l dunia pada umur 54 tahun semasa mengerjakan umrah di Makkah pada bulan Ramadhan 2005. Difahamkan, alm4rhum meningg4l dunia ketika bertasbih disisi Kaabah selepas selesai solat terawih. Almarhum meningg4lkan lima orang anak dan dua orang Isteri iaitu Kalsom Idris dan Siti Zubaidah Arifin.

Siapa sangka, almarhum telah meningg4l dunia pada hari, bulan dan ditempat yang mulia. Iaitu pada hari dan bulan Ramadhan yang merupakan kerahmatan yang lebih baik daripada seribu bulan. Tambahan pula ketika berada di Makkah saat berada disisi Kaabah setelah selesai solat terawih.

Ia adalah suatu pengakhiran hidup yang sangat didambakan oleh ramai mukmin didunia ini. Almarhum sangat bertuah dipilih oleh Allah salah seorang daripada hamba-Nya yang bertuah.

Dimaklumkan daripada isteri almarhum, Ismail Din sangat menjaga solat dhuha semasa hayatnya. Walau sesibuk manapun, solat dhuha pasti akan didirikan yang dijaganya dengan istiqamah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv

Sumber : Youtube

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa juga untuk follow kami di Fb DUNIA MEDIA!

PERHATIAN : KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HIN44N ATAUPUN CAC14N.

Pihak DUNIA MEDIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak DUNIA MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terima kasih.

Sumber