“Tadi ada lalu video Lisa Surihani cakap pasal puji-pujian” Netizan Tertarik Bila Lisa Surihani Cakap Penghijrahan

Bukan mudah untuk istiqamah, pelakon Datin Lisa Surihani mengakui berasa ta kut sekiranya dirinya dihujani dengan pujian ramai tentang penghijrahannya.

Lisa atau nama sebenarnya Lisa Surihani Mohamed, 36, du gaan boleh hadir dengan cara yang positif seperti puj ian dan eng gan dirinya han yut dalam lautan kata-kata positif yang diberikan umum.

“Antara du gaan yang dilalui ialah berbentuk positif, Bila orang mendoakan, kita aminkan dan akan berbalik kepada mereka berganda.

“Namun, jika orang mula mem uji, saya ta kut. Walaupun positif, tetapi perkara itu mampu melahirkan sifat sum’ah iaitu suka dengan pujian,” katanya dalam sebuah program hiburan malam tadi.

Kata pelakon filem Lagenda Budak Se tan itu, meskipun pujian merupakan kata-kata yang indah namun semua itu boleh mel alaikan seseorang.

“Lumrah manusia suka dengan pujian tetapi kadang-kadang kita boleh terlupa dan rasa seronoknya apabila dipuji orang lain.

“Apapun, mereka yang berhijrah perlu sentiasa ingat semuanya datang daripada Allah, muhasabah diri dan ingat niat asal kita.

“Untuk kekal istiqamah ini sebenarnya agak menca bar dan ada macam-macam perkara yang boleh membol ak-bali kkan hati kita. Sama-sama kita mendoakan sesama sendiri,” ujarnya.

Sebagai info, dia yang merupakan isteri kepada pengarah terkenal, Datuk Yusry Abdul Halim itu mula berhijab sekitar tahun 2019.

Hari demi hari, penampilannya yang semakin tertutup, kurang bersolek dan menghias diri kian mendapat pujian ramai dalam media sosia l.

Beriktu pula ulasan dari seoang netizan yang di kenali sebagai Siti Suryani Yaakop, bila tertengok satu video Lisa bercakap mengenai puji-pujian

Kena hati-hati kalau orang puji.

“Tadi ada lalu video Lisa Surihani cakap pasal puji-pujian. Kena hati-hati kalau orang puji. Sebab kita ni manusia. Sikit banyak mesti ada jugak rasa seronok yang akhirnya membawa kepada sum’ah.

“Dan hari tu dengar dia cakap pasal penghijrahan dia. Dia kata dia bersyukur ada ramai kawan-kawan yang bagi sokongan. Antaranya Heliza Helmi. Neelofa. Diana Amir.

“Dia kata kalau nak berubah ni memang seronok ada kawan yang faham dan berada di aliran yang sama. Kenalah follow rapat-rapat kawan macam ni.

“Tapi dia juga pesan. Dan jarang saya dengar orang pesan macam ni. Biasa orang pesan suruh duduk di circle dia saja. Tinggalkan circle yang lama-lama.

“Dia kata macam ni. Walaupun kita dah berubah. Dah jumpa teman-teman seangkatan dari jalan yang sama. Jangan tinggalkan kawan-kawan kita yang lain. Doakan dia. Baik juga dengan dia macam biasa. Yang kita tinggalkan, yang kita jauhkan ialah aktivitinya. Tapi kawan tu tidak. Jangan kita tinggal dia.

“Mana tahu satu hari nanti asbab kita terus berbuat baik dengan dia, dia lembut hati. Dia mengikut juga. Bukan kita tinggal dia sebab kita rasa kita dah berubah lebih baik dari dia.

“Biasa kadang saya baca orang bagi motivasi tulis.

“Kawan dengan orang yang macam kita saja. Tinggalkan kawan-kawan lama. Yang tak sama macam kita.

“Dengan itu saya faham.

“Selain dari ilmu dan iman kena ada satu lagi. Kena ada hati yang baik. Yang bersih. Yang memandang orang lain baik. Yang faham orang lain akan sampai masanya akan berubah juga. Orang lain pun dulu tu pernah jadi kita. Dan kita pun pernah jadi dia.

“Menambah ilmu senang.

“Menambah iman jangan kurang.

“Menambah hati yang baik kena selalu berperang.

“Tidak dengan sesiapa.

“Melainkan dengan diri sendiri juga.

“Dan itulah yang paling susah sekali adanya…

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa juga untuk follow kami di Fb DUNIA MEDIA!

PERHATIAN : KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HIN44N ATAUPUN CAC14N.

Pihak DUNIA MEDIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak DUNIA MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terima kasih.

Be the first to comment on "“Tadi ada lalu video Lisa Surihani cakap pasal puji-pujian” Netizan Tertarik Bila Lisa Surihani Cakap Penghijrahan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*