“Khaby Hafiz Al-Quran?” Ekspresi Wajah Khaby Lame Melucukan, Tapi Ada Kisah Sedlh Disimpan Pemuda Ini

PEMILIK nama Khaby Lame cukup terkenal dalam kalangan pengguna media sosi al hanya disebabkan reaksi wajah dan sikap humornya ketika membuat sesuatu video.

Maka tidak hai ran, baru-baru ini, Khaby mencipta sejarah sebagai individu kedua dengan pengikut terbanyak di TikTok iaitu 100 juta dibelakang Charli D’Amelio yang juga seorang penari dari Amerika Syarikat dengan 120.3 juta pengikut.

Jumlah pengikut itu berjaya dibuat hanya dalam tempoh 17 bulan!

Tidak hanya mendapat perhatian di TikTok, pemuda berusia 21 tahun ini turut mempunyai 30 juta pengikut di Instagram.

Namanya menjadi terkenal di seluruh dunia termasuk Malaysia selepas tampil dengan pelbagai reaksi kepada pelbagai video yang menampilkan perkara su kar yang sebenarnya boleh dimudahkan.

Tidak hanya memberi tip memudahkan sesuatu perkara dengan gaya bersahaja namun reaksi wajahnya yang ‘selenga’ membuatkan penonton tertarik dengan sikap humornya.

Khaby Lame Hafiz Al-Quran?
“Khaby Lame merupakan seorang influencer yang berjaya apabila akaun TikTok miliknya mengumpul 145 juta pengikut.

“Tapi tahukan anda yang Khaby merupakan seorang Muslim dan Hafiz Al-Quran?

“Di usia saya 14 tahún, ibu dan bapa telah menghantar saya belajar di Senegal.

Kami belajar pengajian Al-Quran, saya menghafaz setiap surah. Setiap maksud dalam Al-Quran sangat menyentuh. Saya merupakan seorang Muslim dan mengamalkan ajaran Islam sejak dari kecil.”

Sumber: FB Al Muslimah

Main TikTok selepas hilang kerja
Khaby yang berasal dari Senegal mula membuka akaun TikTok pada Mac tahun lalu hanya sekadar untuk menghila ngkan rasa bosan selepas diberhentikan kerja akibat pande mik.

Namun dia yang menetap di Chivasso, Itali mula berjinak-jinak menghasilkan pelbagai video hanya menggunakan telefon bimbitnya dengan suntingan ringkas sebelum dimuat naik ke TikTok.

Khaby sendiri memberitahu dia langsung tidak menyangka video yang dihasilkan tular di seluruh dunia dan sejak itu dia mula mendapat jumlah pengikut yang ramai dan mula menghasilkan lebih banyak video.

Khaby mengakui perkara yang membuatkan penonton terhibur dengan video dihasilkan adalah kerana ekspresi wajahnya yang seolah-olah tiada perasaan.

“Wajah dan ekspresi saya yang membuatkan orang ketawa.

Malah katanya, ekspresi itu sudah cukup membuatkan seseorang itu ketawa tanpa perlu memahami bahasa digunakan.

“Wajah dan ekspresi saya yang membuatkan orang ketawa,” katanya ketika ditemubual oleh The New York Times.

Apa lebih membuatkan dirinya menjadi perhatian, penghasilan videonya juga cukup sederhana dan tidak suk ar difahami malah dia menjadi bukti produksi yang besar bukanlah satu-satunya cara untuk mendapat populariti dan pengikut.

“Apa yang saya miliki hari ini semuanya adalah secara semula jadi. Ia satu percubaan yang tidak disangka-sangka menjadi,” ujarnya.

Maka tidak hairan, pelbagai akaun lain kerap mengulang siar videonya untuk mendapatkan ‘engagement’ daripada pengguna laman sosi al dan menggunakan popularitinya.

Khaby juga mempunyai 30 juta pengikut di Instagram.

Pemain Juventus pernah muncul dalam video Khaby

Atas sebab itu juga, wajah Khaby dalam bentuk ‘meme’ tersebar luas di pelbagai media sosi al seperti Twitter, Facebook, WhatsApp dan sebagainya – sekaligus membuatkan popularitinya semakin meluas.

Khaby juga pernah berkolaborasi dengan pemain kelab bola sepak terkenal, Juventus seperti Arthur Melo, Paulo Dybala dan Alessandro Del Piero yang muncul dalam videonya.

Kewujudannya mendapat perhatian pemain kelab itu selepas Khaby yang juga peminat setia Juventus sering kali mengenakan jersi kelab itu dalam video dihasilkan.

Selain itu, Khaby juga cukup meminati pelakon Eddie Murphy dan Will Smith dan menganggap dua pelakon legenda itu sebagai sumber inspirasi terbesarnya.

Malah YouTubers seperti King Bach pun pernah menghubunginya untuk menghasilkan video selain mula menjana pendapatan menerusi Creator Fund TikTok dan berkolaborasi dengan pelbagai jenama terkenal di Itali.

Dilahirkan di Senegal, Khaby membersar di Itali.

Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg juga pernah menin ggalkan komen tanda suka pada sal ah satu videonya di Instagram.

Malah The Publish Press menerusi penulisnya memberitahu rahs ia kejayaan Khaby sebenarnya disebabkan dirinya sendiri selain konten yang dihasilkan bersifat universal dan bukan dibuat-buat.

“Dia menunjukkan keaslian dan siapa dirinya tanpa sebarang bantuan teknologi canggih dan ia sangat dihargai oleh penonton.

“Khaby tidak terlalu berusaha untuk memasarkan diri atau video dihasilkan tetapi kandungan yang disampaikan menceritakan segala-galanya,” katanya.

Masalah kewarganegaraan

Dikenali sebagai TikToker berasal dari Itali, secara teknikalnya Khaby tidak diakui sebagai rakyat negara itu disebabkan masa lah kewarganegaraan meskipun dibesarkan di negara itu sejak berusia setahun.

Pelbagai aksi Khaby yang mencuit hati.

Disebabkan masih memegang pasport Senegal, ia menyuk arkan pemuda itu untuk ke luar negara untuk memenuhi pelbagai undangan yang diterima sejak popular.

Sehingga kini, Khaby masih berhadapan dengan masal ah birokrasi di Itali untuk mendapatkan taraf kewarganegaraan memandangkan dia tidak lahir di negara itu.

Bagi mendapatkan taraf kewarganegaraan Itali, seseorang rakyat asing itu mestilah mencapai usia 18 tahun dan tinggal di negara itu sejak lahir.

“Saya tidak pernah melihat perkara itu sebagai satu masal ah kerana jauh di sudut hati saya, saya adalah rakyat negara ini. Saya tidak perlukan sehelai kertas untuk membuktikannya,” katanya.

Menurut Starsunfolded, Khaby Lame kini menjana $13,380 sehingga $22,300 bersamaan dengan sekitar RM55,232.64 sehingga RM92,054.40 untuk setiap satu video yang beliau hasilkan. Video tersebut biasanya hanya beberapa saat sahaja.

Selain daripada video tentang memudahkan life hack yang entah apa apa, Khaby juga suka membuat video kelakar yang lain.

Di sebalik popularitinya, Khaby Lame sebenarnya memiliki latar belakang yang sukar. Dia tiba dari Dakar, Senegal pada 2001 bersama dengan ibu bapanya yang bermigirasi ke Itali.

Dia memang mahu membantu keluarganya mengubah nasib mereka. Namun tak sangka rezekinya melimpah ruah menerusi internet. Dia sendiri tidak menyangkanya.

Bercakap kepada Corriere Della Sera, lame berkata: “Sekarang saya nak buat kerja saya, menghiburkan orang, membuatkan orang ketawa, dan membantu ibu bapa, rakan rakan dan jiran saya. Saya terhutang budi segalanya pada mereka.”

kredit:mstar

Be the first to comment on "“Khaby Hafiz Al-Quran?” Ekspresi Wajah Khaby Lame Melucukan, Tapi Ada Kisah Sedlh Disimpan Pemuda Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*