Ini ucapan Puteri Sarah kepada Syamsul Yusof, setelah Mat Kilau kutip RM90juta

Syamsul Yusof kini ada dua perkara yang menjadi tumpuan pihak media. Satu tentang 1su rumah tangganya dengan Puteri Sarah Liyana dan juga wanita bernama Ira Kazar.

Yang keduanya ialah tentang kejayaan besar untuk filem Mat Kilau yang kini sudah berjaya mendapat kutipan panggung sebanyak RM90 juta, satu pencapaian yang amat mengagumkan.

Tentang kejayaan mengaut kutipan paling tinggi dalam sejarah panggung wayang di Malaysia ini, isteri kepada Syamsul Yusof iaitu Puteri Sarah Liyana tetap memberi sokongan kepada naskah suaminya itu.

Puteri Sarah Liyana telah mengucapakan jutaan tahniah buat suaminya di atas kejayaan yang dikec4pi.

“Saya mahu mengucapkan setinggi tahniah kepada Mohd Syamsul dan juga semua pasukan filem Mat Kilau sepanjang usaha mereka untuk menyiapkan filem yang kini menjadi naskah paling laris dalam sejarah perfileman di Malaysia.”

Jelas Puteri Sarah Liyana lagi, ketika penggambaran, dia sedang h amil anak kedua iaitu Sumayyah. Sungguhpun begitu, dia tetap memberi sokongan ketika itu, malah siap datang ke set untuk melihat suaminya bekerja.

“Jika diimbas kembali, masa tu, saya sedang mengandvngkan Sumayyah. Ketika itu juga, saya ada pergi ke set, bagi sokongan pada suami sebagai pengarah. Saya melihat proses-proses yang dilalui mereka semasa penggambaran.”

“Ada juga 1su, mas4lah semasa di set. Malah proses suntingan pun dibuat ketika Perintah Kawalan Pergerakan.”

Puteri Sarah berkata demikian ketika majlis Meet & Greet Puteri Sarah dan Rossa Sera anjuran Inayah Beauty Trading yang diadakan di Avante Hotel Bandar Utama, pada Isnin.

Kata Puteri Sarah yang menjadi s4ksi bertungkus lumus usaha semua pihak untuk siapkan filem Mat Kilau ini, dia mengucapkan tahniah.

“Banyak tahniah kepada semua yang terlibat, semua pelakon, team crew, antara yang paling penat sekali dan juga dah tentu tuan pengarah. Syukur sangat dah tu, rezeki berjaya mengutip RM90 juta sebab ramai yang berdoa.”

“Juga kepada pihak producer Studio Kembara yang menerima RM90 juta itu, tahniah diucapkan.”

Ditanya sama ada dia bakal menerima keuntungan daripada hasil kutipan tiket, Puteri Sarah Liayan hanya menjawab, “Kalau saya ni Studio Kembara, barulah saya dapat.”

Itulah komen serta ucapan tahniah dari Puteri Sarah Liayan kepada suaminya Syamsul Yusof di atas kejayaan filem Mat Kilau ini.

Sumber : OMM

Sumber :viralmy

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa juga untuk follow kami di Fb DUNIA MEDIA!

PERHATIAN : KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HIN44N ATAUPUN CAC14N.

Pihak DUNIA MEDIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak DUNIA MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terima kasih.

Sumber