Ajak buka kisah lama dedah sikap Shahrol… suruh tolak tawaran Era tapi dia ambil peluang itu

KEPUTUSAN Fizi Ali menin ggalkan Suria FM mendapat reaksi pelawak Shahrol Shiro yang mend4kwa pihak pengurusan stesen radio itu tidak profesional semenjak dia masih lagi bergelar penyampai saluran itu.

Perkongsian panjang lebar yang dikongsi oleh Shahrol itu kurang disenangi Ajak yang merupakan penyampai segmen Team Pagi Suria bersama Suraya Borhan.

“Awak bercakap dari sebelah pihak ke tuan? Hakikatnya tak berga duh pun. Perlu ke nak up isu ini? Perlukan spotlight ke?

ajak 2

Shahrol dan Ajak menjadi juara Maharaja Lawak Mega 2018.

“Buat benda yang lebih berkualiti, menyatupadukan. Bukan melaga-lagakan. Hakikatnya semua kawan. Kalau awak anggap musu h, biar seorang sahaja tak perlu ajak kawan,” komen Ajak.

Shahrol terdahulu berko ngsi pengalaman perkhidmatannya bersama Suria FM sebelum ditamatkan gara-gara masa lah disiplin.

Ajak dan Shiro yang sebelum ini pernah bersama dalam kumpulan Shiro dilihat cuba berk ongsi pendapat masing-masing dalam perjalanan mereka bergelar penyampai radio.

Memberi respons terhadap komen Ajak itu, kata Shahrol pengundurannya telah membuka ruang rezeki buat Ajak yang ditawarkan ke Suria FM selepas berkhidmat dengan Hot FM.

Dalam komen balas lain, Ajak mendedahkan dia pernah menangguhkan tawaran Suria FM kerana memikirkan persahabatan bersama Shahrol dan turut meminta pihak pengurusan stesen itu tidak meneruskan tindakan sa man terhadap sahabatnya kerana isu dalaman.

“Hari pertama saya keluar Hot FM saya dipelawa untuk sertai Suria. Dalam perbincangan untuk tukar gambar awak kepada saya. Atas dasar sahabat, saya pilih menganggur daripada ambil tempat awak.

Ini beza dengan apa yang awak buat pada saya waktu kita dapat tawaran Era awal karier dulu sahabat

AJAK

PENYAMPAI RADIO

“Saya juga merayu pihak Suria tidak teruskan sam an atas masa lah lama awak. Hakikatnya selepas setahun awak tinggalkan barulah saya sertai Suria.

“Ini beza dengan apa yang awak buat pada saya waktu kita dapat tawaran Era awal karier dulu sahabat. Awak kata kita jangan terima. Saya percaya cakap awak dan saya t olak pelawaan radio nombor satu. Rupanya awak terima pelawaan itu dengan orang lain,” katanya.

Fizi yang sebelum ini bersama Ajak dan Suraya Borhan mengendalikan Team Pagi Suria mengumumkan pengunduran dan memulakan kerjaya di di stesen Hot FM bersama Fad di segmen Sembang Squad.

Sumber :  https://www.mstar.com.my/

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa juga untuk follow kami di Fb DUNIA MEDIA!

PERHATIAN : KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HIN44N ATAUPUN CAC14N.

Pihak DUNIA MEDIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak DUNIA MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terima kasih.

Sumber