Kecoh Isu Lirik Lagu ‘Denyut’ & ‘Degup’, Ramli Sarip Tampil Cakap Benda Ni

Beberapa minggu kebelakangan ini ke’coh apabila penggunaan perkataan dalam sebuah lirik lagu yang sedang popular diperde’batkan. Ia adalah lagu Casablanca dengan penggunaan perkataan denyut dan degup.

Dari perspektif seorang tenaga pengajar, penggunaan perkataan meski diguna dalam lagu haruslah tepat agar para pelajar tidak keliru atau menggunakan perkataan yang betul dalam sesi persekolahan.

Bagaimanapun ada pendapat lain pula mengatakan lirik atau perkataan dalam lagu biasanya mempunyai seni tersendiri. Ia kadang mengandungi metafora atau simbolik yang bukan bersifat jelas seperti pelajaran di sekolah

Meminta pandangan mengenai polemik tersebut kepada pesohor seni dan seniman Datuk Ramli Sarip, penyanyi yang memiliki untaian lirik lagu penuh metafora dan simbolik tersendiri itu cukup cermat memberikan buah fikiran.

Ramli pada awalnya menjawab: “Saya mahu jawab pun saya tak mengerti sangat.”

Namun beliau yang sangat disegani dan dihormati ini akhirnya melahirkan sedikit pandangan dengan mengatakan untuk berbahas mengenai benda kreatif, ada banyak rahsia yang kita tidak tahu.

“Saya kurang arif, tapi bercakap mengenai benda kreatif, jika kita kaji bahasa lain pun, sebenarnya kita tak tahu apa rahsia yang dia (penulis lirik) mahu ceritakan.

“Secara peribadi misalnya untuk lirik lagu saya seperti ‘Andai kasturi hi’lang harum, mawar tak berkuntum’ itu juga suk’ar ditafsirkan. Sama macam lagu Nyanyian Sejagat, lagu baharu saya yang punya simbolik terselindung,” hujah Ramli penuh berhati hati.

Denyut atau degup?

Dalam temubual sama, Ramli kemudian mengatakan, secara peribadi beliau berasa penggunaan ‘denyut’ dan ‘degup’ boleh diguna pakai.

“Apa yang penting adalah keterbukaan yang sihat, yang boleh diterima dan boleh dihujah dengan logik.

“Jadi terpulang. Saya secara peribadi berasa kedua duanya boleh diguna pakai asalkan penulisnya boleh bertanggungjawab dan paling penting apabila orang tanya, kita ada jawapannya,” tambah Ramli lagi.

“Saya Law4n!” – Ada Individu Cuba Jat’uhkan Maru’ah, Cikgu Zack Kirana Buat Laporan Polis
Guru selebriti, Cikgu Zack Kirana Ibrahim membuat laporan polis terhadap seorang individu yang dida’kwa cuba menjat’uhkan mar’uahnya.

Menurut Cikgu Zack, individu itu juga telah mengh’ina dan mencer’canya dengan kata-kata ke’sat di media sosi’al.

“Apabila sudah hil’ang sabar. Saya telah membuat laporan polis terhadap individu yang telah menghi’na dan mencer’ca saya dengan kata-kata ke’sat di media sosi’al.

“Individu tersebut juga cuba menja’tuhkan mar’uah saya sebagai seorang pendidik dan pendukung bahasa Melayu,” jelasnya menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya.

Tambah Cikgu Zack lagi, dia telah menyerahkan segalanya kepada pihak polis dan berharap tindakan selanjutnya dikenakan.

“Saya telah menyerahkan perkara ini kepada pihak polis untuk siasatan dan mengambil tindakan selanjutnya terhadap individu berkenaan.

“Saya tidak akan berdiam diri. Saya antib’uli, lebih-lebih lagi bul’i siber. MALAYSIA ada undang-undang. SAYA LAWAN!” tulisnya.

Terdahulu, Cikgu Kirana sebelum ini menjadi tular selepas mene’gur kesala’han tatabahasa dalam lirik lagu popular, Casablanca.

KREDIT: ASTRO GEMPAK

Be the first to comment on "Kecoh Isu Lirik Lagu ‘Denyut’ & ‘Degup’, Ramli Sarip Tampil Cakap Benda Ni"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*