Persembahan Terbaik & Mantap! Tok Ram Beri Pengiktirafan…Ramai Bangga Dengan Aina Abdul!

Persembahan penyanyi berbakat besar, Aina Abdul bersama Jaclyn Victor di pentas Gegar Vaganza 9 (GV9) malam tadi menjadi bualan ramai hingga membuatkan nama Aina trending di Twitter.

Persembahan Menggamat Suasana

Persembahan penutupan bersama Jaclyn itu juga membuatkan suasana Auditorium MBSA, Shah Alam gamat dengan sorakan selain menyaksikan juri tetap GV9, Hetty Koes Endang bangun melakukan ‘standing ovation’.

Seperti ramai sedia maklum, Aina merupakan penyanyi pelapis yang mempunyai kualiti vokal mantap selain karakter berkelas dan gaya fesyennya yang unik.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh AINA ABDUL (@ainaabdul)

Kenyataan Tok Ram

Usai membuat persembahan, Aina pulang ke belakang pentas namun juri tetap GV9 yang juga maestro muzik negara, Datuk Ramli MS (Tok Ram) memanggil semula Aina ke pentas untuk memberikan komen.

“Saya panggil kamu sebab kamu adalah rujukan untuk untuk penyanyi generasi sekarang, saya harap kamu berdua (Aina dan Jaclyn) menyanyi hingga ke akhir hayat,” kata beliau.

Netizen Bangga

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Jaclyn Victor (@jaclyn_victor)

Kenyataan daripada seorang figura yang sangat berpengalaman dalam bidang muzik seperti Tok Ram tentunya membuatkan penonton berasa bangga dengan Aina dan Jaclyn.

“Aina Abdul adalah suara generasi masa kini.

“Sebenarnya bila Hetty Koes Endang aware dengan Aina Abdul tu maksudnya Malaysia ada sinar yang baik.

“Terbaik ending konsert minggu ini, Jaclyn Victor dan Aina Abdul, kombinasi sempurna.

“Sangat luar biasa bila Tok Ram panggil Aina Abdul kembali ke pentas and semua juri beri komen positif terhadapnya. Aina Abdul, saya sangat bangga dengan pencapaian kamu,” antara pendapat netizen di Twitter.

Kami sememangnya mengagumi bakat besar Aina sebagai pelapis baru, dan Jaclyn sebagai penyanyi senior yang sentiasa gemilang dalam membuat persembahan.

Sumber : Muraimy

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa juga untuk follow kami di Fb DUNIA MEDIA!

PERHATIAN : KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HIN44N ATAUPUN CAC14N.

Pihak DUNIA MEDIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak DUNIA MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terima kasih.

Sumber