‘Bukan Bercer4i..’ – Sharifah Sakinah Kongsi Status Hubungan Dengan Suami Buat Ramai Pening Kepala

Biarpun rumah tangga sedang bergol4k, pelakon Sharifah Sakinah menyatakan dia masih sayang dengan suami, Michael Hensen.

Masih cinta

Menurut Sakinah, dia berkemungkinan akan kembali ke pangkuan Michael tetapi bukan dalam masa terdekat. Kata aktres berumur 33 tahun ini, dia dan Michael mempunyai tanggungjawab untuk menjaga anak-anak hasil perkahwinan terdahulu.

Saya tak kata ini pengakhiran! Saya mungkin kembali kepadanya (I might come back to him). Tetapi bukan sekarang kerana anak-anak masih kecil. Sebab itu kami tidak boleh duduk serumah.

Dia (Michael) punya budaya kena jaga anak walaupun dah bercera1. Seminggu anak dekat bekas isteri, seminggu kemudian dengan dia. Kalau dia pindah sini, dia kena bawa bekas isteri dan anak.

Kami tidak mahu drama seperti itu. Tak apa, kalau kami ada jodoh, mungkin bukan sekarang tetapi mungkin 10 tahun lagi, saya akan kembali dekat dia. Saya masih cintakan dia. Saya cuma tak nak hubungan jarak jauh.

Penat tau! Bila awak memerlukan dia di rumah tetapi dia tak ada. Tenaga dah habis dekat situ. Saya nak gembira. Nak fokus dengan kerja. Ini asyik mar4h saja.

Bukan bercer4i!

Kata pemilik nama Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, gara-gara k0nflik ini dia terpaks4 melupakan keinginan untuk menimang cahaya mata lagi.

Kami tak boleh nak ada anak. Saya memang nak anak tetapi tak boleh macam ini. Dia bukan sejenis lepas tangan selepas saya dah melahirkan anaknya. Dia nak jaga anak sebab dia seorang bertanggungjawab.

Dalam pada itu, pelakon drama Girlfriend Aku Dari Nerak4 The Series meneg4skan status mereka masih sebagai pasangan suami isteri.

Tahun pertama dan kedua, kami survive. Tahun ketiga saya rasa memang rasional untuk kami berpisah sekejap. Bukan bercer4i tetapi berpisah (separate).

Tetapi kalau saya jumpa lelaki lain, saya akan minta cera1. Sebab saya tak nak nanti ada mulut lain bercakap.

Pada Februari lalu, Michael dan Sakinah mengumumkan sudah sah bergelar pasangan suami isteri selepas mengenali hati budi masing-masing sejak 2020.

Terdahulu, Sakinah pernah berkahwin dengan juruterbang bernama Aliff Adha pada 2015 namun bercera1 pada Mei 2020.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Anais Adha, 5.

Sumber: TikTok @Kosmoonline

Be the first to comment on "‘Bukan Bercer4i..’ – Sharifah Sakinah Kongsi Status Hubungan Dengan Suami Buat Ramai Pening Kepala"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*