Tabung kecemasan Nad Zainal berjaya dikumpul dan diserahkan kepada keluarga

TABUNG Kecemasan Nad Zainal berjaya meraih sumbangan sebanyak RM43,987.50 sejak ia dilancarkan pada 29 November lalu.

Pelakon Sharifah Sakinah memberitahu sumbangan tersebut sudah pun diserahkan kepada ibu bapa Nad atau Farah Nadia Zainal Abidin bagi urusan pembayaran hospital.

“Mewakili ibu bapa kepada Nad Zainal kami mengucapkan berbanyak terima kasih atas sumbangan daripada rakan-rakan yang berada dalam bidang industri yang menghulurkan sumbangan ketika sahabat sedang memerlukan.

“Ini termasuklah rakan-rakan artis, sahabat dan guru Aswara, produser TV, rakan-rakan media, industri fesyen, tata rias dan peminat Nad Zainal,” katanya menerusi hantaran di Instagram.

kinah

Pelakon Sharifah Sakinah memaklumkan perkara itu di Instagram.

Sehubungan dengan itu, Sakinah berkata, kutipan sumbangan menerusi akaun Thespian Legacy dihentikan buat masa ini.

“Terima kasih atas semua titipan doa dan sumbangan yang diberikan kepada sahabat kita.

“Semoga usaha kita ini dipermudahkan dan sahabat kita kembali sihat,” katanya.

Untuk rekod, Nad dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri, Selangor akibat jangkitan kuman dan pendarahan dalam paru-paru.

Terbaharu, keadaan pelakon itu dilaporkan menunjukkan perkembangan positif namun kembali direhatkan ekoran paru-parunya belum cukup kuat untuk bernafas sendiri.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa juga untuk follow kami di Fb DUNIA MEDIA!

PERHATIAN : KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HIN44N ATAUPUN CAC14N.

Pihak DUNIA MEDIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak DUNIA MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terima kasih.

Sumber