Prank tekup kek tak ubah macam orang hilang akal, Ustaz Azhar Idrus tegur TikToker – “Jangan melampaui batas”

BEBERAPA hari lalu kecoh di media sosi4l mengenai penularan video TikToker, Daing Ellando yang melakukan prank menekup sebiji kek di pada muka seorang wanita.

Video tersebut nyata mengundang kec4man ramai pihak termasuk selebriti tanah air dengan menyifatkan ia sebagai tindakan biad.ab, lebih-lebih lagi wanita berkenaan datang bersama anak lelakinya yang berkerusi roda.

Selepas ter0k dikec4m, Daing membuat permohonan maaf dan menjelaskan video berkenaan merupakan prank dan lakonan semata-mata bagi program Raja Viral.

Difahamkan, penghasilan video prank tersebut bertujuan sebagai satu sos1al eksperimen untuk melihat reaksi rakyat Malaysia.

Perkara berkenaan turut mendapat perhatian tokoh pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang menerangkan hukum prank atau bergurau daripada sudut agama Islam.

Menerusi satu kuliah agamanya baru-baru ini, UAI menjelaskan dengan panjang lebar selepas diajukan soalan oleh salah seorang jemaah masjid.

“(Soalannya) zaman sekarang macam-macam budak nak tarik perhatian orang, buat prank lemp4r kek atas muka orang. Apakah hukumnya?

“Kita Islam ini yang terbaik. Serius pun Rasulullah, bergurau pun Rasulullah. Contoh terbaik adalah Rasulullah. Dia (baginda) bergurau tak macam kita bergurau.

“Kita macam orang hilang akal. Nak buat content, banyak view, yang haram pun haramlah,” ujarnyanya.

prank 1

Seorang wanita menjadi ‘mangs4’ prank di mana wajahnya dilempar sebiji kek.

Menurut beliau, selain menjadikan Rasulullah sebagai role model, umat Islam wajib mengikut landasan dan batas yang sudah ditetapkan dalam melakukan sesuatu perkara, termasuklah bergurau.

“Sebab itu, apa jadi sekalipun, iman dan Islam jaga kita. Kamu layan TikTok, dengan iman dan Islam. Kamu layan YouTube, dengan iman dan Islam. Kamu buat content untuk Facebook, dengan iman dan Islam. Maknanya akidah tak lari, syariat kita betul,” terangnya.

Jelas Ustaz Azhar, tiada salahnya untuk merakam video bagi dimuatkan sebagai konten di media sosial, asalkan tidak meninggalkan dua perkara asas tersebut.

“Saya nak buat content, ustaz… nak bubuh dalam YouTube. Bereh, (asalkan) jangan sampai kita tinggal iman dan Islam. Maksud iman itu jangan lari dari akidah. Maksud Islam itu, ikut pantang larang halal haram.

“Buat (konten) yang baik. Contohnya, kita pandai mencandat sotong. Hah, tunjuklah dalam video beberapa minit. Itulah caranya… buat yang baik.

“(Atau) Ambil ayat al-Quran, ambil tafsir al-Quran, baca maksud ayat…dua minit. Duit dapat, boleh berdakwah lagi (dalam masa yang sama).

“Ini buat prank, nampak aurat lagi… semua haram. Jadi berpada-pada jangan melampaui batas,” terang beliau.

Semoga pencerahan Ustaz Azhar dapat menjawab persoalan mengenai garis panduan yang dianjurkan Islam dalam bab bergurau. Selamat beramal!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa juga untuk follow kami di Fb DUNIA MEDIA!

PERHATIAN : KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HIN44N ATAUPUN CAC14N.

Pihak DUNIA MEDIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak DUNIA MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terima kasih.

Sumber