Terengganu ‘b4nned’ filem PULAU! Penerbit hantar surat rayuan, elak rvgi besar

PENERBIT Fred Chong kes4l apabila filem Pulau tidak mendapat kebenaran tayangan di Terengganu susulan kontr0versi menyelubungi karya berkenaan sebelum ini.

Fred berkata, perkara itu dimaklumkan menerusi sepucuk surat daripada pihak Majlis Perbandaran Kemaman, Terengganu pada awal Februari lalu atas alasan terdapat adegan unsur-unsur keterlaluan.

Meskipun kec3wa dengan keputusan itu namun Fred berkata pihaknya akan meneruskan tayangan filem tersebut yang dijadualkan pada 9 Mac ini.

Fred Chong kecewa Pulau tidak dapat ditayang di Terengganu.

“Tayangan filem tetap akan berjalan tetapi mungkin tidak ditayangkan di Terengganu. Kami mendapat arahan ia tidak boleh masuk ke sana atas arahan Majlis Perbandaran Kemaman hasil keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu.

“Saya menerima surat daripada pihak Majlis Perbandaran Kemaman pada awal Februari atas alasan terdapat unsur-unsur adegan yang keterlaluan,” katanya.

Fred berkongsi perkara itu menerusi sesi temu bual bersama media secara atas talian pada petang Jumaat.

Dalam pada itu, Fred bercadang untuk mengadakan tayangan tertutup bersama wakil Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Majlis Perbandaran Kemaman dan pihak pawagam iaitu Tanjung Golden Cinemas (TGV) agar mereka dapat menonton sendiri naskhah tersebut sebelum sebarang keputusan dibuat.

Jelas Fred, dia bimbang sekiranya tindakan kerajaan Terengganu melarang filem itu ditayangkan akan merebak ke negeri lain selepas ini.

“Saya harap saya diberi peluang, jadi saya bercadang untuk menayangkan filem ini terlebih dahulu kepada pihak berkenaan sebelum sebarang keputusan membantah tayangannya di Terengganu dibuat.

Ketika ini saya sedang menunggu surat sokongan sebelum menghantar permohonan kepada Majlis Perbandaran Kemaman.

FRED CHONG

PENERBIT PULAU

“Saya akan bawa wakil Finas termasuk pihak TGV pada sesi itu nanti.

“Bagaimanapun ketika ini saya sedang menunggu surat sokongan sebelum menghantar permohonan kepada Majlis Perbandaran Kemaman bagi tujuan tersebut,” jelasnya.

Sementara itu, Fred memaklumkan persepsi negatif orang ramai terhadap filem berkenaan menyebabkan pihaknya terpaksa menanggung kerugian besar apabila pihak penaja menarik diri dari terus menaja karya berkenaan.

Kata Fred, pihaknya tidak akan mengadakan pengiklanan secara besar-besaran untuk filem tersebut namun tetap meneruskan malam gala pada 28 Februari ini.

Antara pelakon di dalam filem Pulau.

“Untuk filem ini, kami telah menanggung kerugian sebanyak RM500,000 kerana pihak penaja menarik diri. Mereka berpendapat filem ini terlalu banyak komen negatif,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Fred memaklumkan Pulau akan ditayangkan di Singapura dan Indonesia tanpa sebarang tapisan manakala 75 pawagam di seluruh negara bersetuju menayangkan filem tersebut.

“Kami harap 100 pawagam selain Pulau akan ditayangkan di Singapura dan Indonesia tanpa tapisan tetapi untuk tontonan 17 tahun ke atas,” ujarnya.

Sebelum ini treler filem Pulau menerima kecaman banyak pihak kerana memperlihatkan beberapa adegan yang tidak sesuai untuk tontonan umum.

Filem ini menampilkan pelakon-pelakon seperti termasuk Alif Satar, Amelia Henderson, Ikmal Amry, Sanjna Suri, Joey Leong, Harris Annuar, Jazmy Juma, Mark O’Dea dan Sabronzo.

Sumber:Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa juga untuk follow kami di Fb DUNIA MEDIA!

PERHATIAN : KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HIN44N ATAUPUN CAC14N.

Pihak DUNIA MEDIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak DUNIA MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terima kasih.

Sumber