Ramai terkejut tersebar berita ‘Jalaluddin Hassan’ meninggal dunia

BERITA pemergian seorang guru agama berasal dari Singapura yang heboh diperkatakan baru-baru ini turut memberi kesan kepada pelakon Datuk Jalaluddin Hassan kerana kebetulan mereka memiliki nama sama.

Ia menjadi sebutan netizen apabila ada portal memuat naik semula berita mengenai pemergian pendakwah tersebut, namun mengelirukan pembaca apabila menggunakan gambar Jalaluddin dalam laporan berkenaan.

Mengulas mengenai perkara itu, Jalaluddin, 69, mengakui terkejut apabila berita itu dikongsi semula sedangkan ustaz berkenaan mening gal dunia pada tahun 2021.

jalal 1

Jalaluddin kesan dengan laporan palsu tentang dirinya.

“Secara umum orang di Malaysia tahu nama Jalaluddin Hassan itu merupakan seorang selebriti. Jadi apabila keluar berita sebegitu keadaan jadi kelam-kabut. Saya juga pelik kerana dapat tahu Ustaz Jalaluddin Hassan dari Singapura itu telah mening gal dunia tahun 2021. Kenapa sekarang diperkatakan lagi?

“Apabila ramai yang keliru dan ada yang tidak membaca penuh berita tersebut mereka terus mena ngis. Banyak panggilan yang saya terima untuk dapatkan kepastian. Apa yang menakutkan adalah apabila saya tidak dapat menjawab panggilan dan mereka ingatkan berita tersebut betul.

“Bukan saya sahaja, malah keluarga juga banyak terima panggilan. Jadi berita begini boleh ganggu ketenteraman saya, keluarga dan peminat,” katanya ketika dihubungi mStar pada Rabu.

Beberapa hari lalu, berita tentang Ustaz Jalaluddin yang mening gal dunia ketika melakukan rukun Tawaf di Makkah kembali menjadi bualan netizen di media sosi al.

Membaca berita tersebut, Jalaluddin mengakui rasa bertuah sekiranya dia berada di tempat ustaz tersebut yang mening gal dunia di Tanah Suci seperti yang diinginkan oleh ramai umat Islam.

Bagaimanapun, dia berharap berita sebegini tidak lagi disensasikan sehingga boleh menimbulkan salah faham sekali lagi.

Saya pun baru baik umrah. Jadi tak mustahil ada orang anggap berita itu benar
DATUK JALALUDDIN HASSAN
PELAKON

“Bila baca berita berkenaan, saya terfikir alangkah baiknya kalau itu benar diri saya sebab menin ggal di Makkah.

“Tak tahulah kenapa ada yang sanggup tulis berita sebegitu. Tolonglah hentikan cerita yang boleh buat orang salah faham. Jelaskan dengan betul siapa yang mening gal dunia dan jangan sengaja nak cipta sensasi,” jelasnya.

Kes sebegini bukan pertama kali berlaku apabila dia juga pernah dilaporkan mening gal dunia sekitar tahun 2016.

jalal 3

Jalaluddin maklumkan dirinya kini masih sihat.

Menjawab semua kekeliruan orang ramai, Jalaluddin memberitahu dia kini dalam keadaan sihat dan baru sahaja pulang mengerjakan ibadah umrah awal Februari lalu.

“Saya pun baru baik umrah. Jadi tak mustahil ada orang anggap berita itu benar. Setiap kali dapat panggilan atau mesej saya akan jawab Alhamdulillah masih sihat.

“Saya ingat lagi sebelum ini ada seorang sahabat yang bergegas mahu datang ke rumah selepas baca berita sebegini dan kebetulan pula dia tidak dapat menghubungi saya,” ceritanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa juga untuk follow kami di Fb DUNIA MEDIA!

PERHATIAN : KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HIN44N ATAUPUN CAC14N.

Pihak DUNIA MEDIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak DUNIA MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terima kasih.

Sumber