Rider Food Panda Letak Makanan Senyap2 Pada GeIandangan Raih Pujian Ramai

Sesetengah beranggapan bahawa, untuk melakukan amal kebajikan, amat memerlukan harta dan duit yang banyak. Sedangkan hakikatnya, ianya hanya memerlukan secebis ihsan dan juga perasaan prihatan. Sumbangan yang dihulurkan pula tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit ataupun harta benda. Paling penting adalah keikhlasan dan juga ia memudahkan urusan di penerima.

“Semoga Allah murahkan rezeki kau bro…”

Di Twitter tuIar gambar seorang penghantar Foodpanda yang dilihat meletakkan bungkusan makanan kepada seorang geIandangan, yang terba ring di tepi jalanan beralaskan kotak.

Perlakukan rider tersebut telah sempat dilihat oleh seorang individu dan merakamkan kelakuan baiknya itu. Beberapa keping gambarnya pula, mula di muat naik di Twitter dan sekaligus meraih perhatian warga netizen.

“Sebab dah pernah rasa svsah…”

Disebalik kebaikan yang ditonjolkan oleh lelaki ini, ramai yang sangat kagum dan mengambil moral yang terselit disebalik kelakuan yang dilakukan.

Rezeki yang ada dikongsi bersama!

Semoga sentiasa di murahkan rezeki!

Tidak saIah untuk berkongsi rezeki yang dimiliki bersama dengan makhluk-makhluk Allah dibumi ini. Malah, ia adalah salah satu perlakukan yang amat-amat digalakkan.

Sumber: Twitter, MHM

Be the first to comment on "Rider Food Panda Letak Makanan Senyap2 Pada GeIandangan Raih Pujian Ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*