“Kami Memang Sedang Kearah Itu…” Syamel Dan Erni Zakri Dah Nlat Nak Kahwln

Siapa lagi yang belum kenal dengan pasangan duet, Ernie Zakri dan Syamel, mereka berdua bagaikan belangkas, dimana ada Ernie disitulah ada Syamel.

Terdahulu, Syamel ada buat majlis kejutan hari jadi untuk Ernie, sampai penyanyi wanita bersuara emas itu mengalir air mata terharu.

Sejak daripada itu, spekulasi mereka berdua mempunyai hubungan istimewa semakin hangat diperkatakan, malah ramai mengharapkan Ernie & Syamel berjodohan.

Empat tahun kami kenal

Mengulas mengenai spekulasi tersebut, Syamel memaklumkan bahawa dia dan Ernie semenangnya berkawan baik sudah empat tahun, kerana itulah dia mahu memberi kejutan buat sahabatnya itu.

“Empat tahun kami berkawan, apabila tiba hari jadi Ernie saya rasa ini merupakan peluang untuk saya buat satu kejutan untuk dia. Saya pun memang suka buat surprise. Itu sahajalah…”

Memang sedang ke arah itu

Mengulas lanjut komen netizen mengharapkan mereka berjodohan, Syamel menjelaskan bahawa dia dan Ernie memang sudah berniat mahu berkahwin, namun masing-masing menunggu jodoh tiba.

“Kami memang sedang kearah itu cumanya kami masing-masing tak tahu dengan siapa jodoh itu…”

Dah jadi baru bagi tahu

Tidak mahu disalah tafsir hubungan baiknya bersama Ernie, Syamel mengambil inisiatif untuk tidak terbuka mengenai kehidupan peribadi mereka.

“Bukan kami sengaja mahu mengada-ngada, tak nak mengiyakan atau tak mahu melayan pertanyaan peminat tentang hubungan kami, tapi memang itu prinsip kami selagi belum tiba hari kejadian kami tak mahu cakap apa-apa…”

Sebagai sahabat, Syamel tetap mendoakan yang terbaik buat Ernie. Semoga mereka berdua berjumpa jodoh yang sesuai untuk dijadikan pasangan hidup.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page Diari Artis

Sumber : Artis Malaysia

Be the first to comment on "“Kami Memang Sedang Kearah Itu…” Syamel Dan Erni Zakri Dah Nlat Nak Kahwln"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*