“Pernah Bergel4r Jagvh Cup Prix Negara,” Wazi Abdul Hamid Kini Meniaga Telvr Masin

Semuanya bermula dengan pertemuan mendapatkan bekalan untuk penyediaan makanan bagi petugas barisan hadapan COVlD-19 ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), bekas jaguh cub prix negara Wazi Abdul Hamid kini bergelar usahawan telur masin.

Wazi, 50, berkata beliau tertarik dengan potensi produk keluaran Bumiputera daripada Projek Ladang Integrasi Sosial milik Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) itu selepas bertemu dengan pengeluar yang mendermakan telur masin sebagai sokongan terhadap usaha kebajikan.

” Saya kemudian dilantik sebagai pengedar selepas berjaya menjual ribuan telur masin jenama Pegro memandangkan saya mempunyai ramai kenalan dalam aktiviti permotoran,”

Demikian kata Wazi ketika ditemui di ladang pengeluaran telur masin di Tanjung Tualang, Batu Gajah.

Wazi yang bersara daripada sukan permotoran pada 2006 berkata, beliau kemudian menjenamakan semula telur masin itu kepada ‘Telur Masin Wazi’, namun dijual pada harga disyorkan PPPNP iaitu RM35 sekotak mengandungi 50 biji dan RM5 bagi pek empat biji.

” Kebanyakan tempahan dihantar sendiri oleh saya dengan caj penghantaran hanya RM5 walaupun ke negeri-negeri lain,” katanya.

Sehingga kini, beliau berjaya menjual 400 kotak mengandungi 20,000 biji telur masin di sekitar Perak, Kuala Lumpur, Pahang dan Kelantan.

Sementara itu, Pengurus Operasi Pertanian Integrasi PPPNP Maghribi Mohamed berkata, telur masin yang dikeluarkan dengan kerjasama Perak Agro Tourism Resort sejak 2014 itu tidak terlalu masin berbanding produk sama syarikat lain kerana kadar pH ditetapkan pada tahap lima.

” Sekarang kami menggunakan resipi sendiri iaitu tanah liat, garam dan sekam padi berbanding dahulu bancuhannya dibeli daripada pihak lain.

” Manakala pemprosesan disertai bacaan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW sebelum diperam selama 15 hari,” katanya.

Sekilas info tentang Wazi Abdul Hamid

Wazi Abdul Hamid lahir pada 1971 adalah bekas pelumba Cup Prix sensasi negara, pernah memenangi kejuaraan Cup Trix Malaysia kategori Expert (125cc) pada tahun 1996.

Dia bersara dari industri lumba motosikal pada bulan Disember 2006 dan baru-baru ini, membuka kursus perlumbaan di Taman Desa berhampiran Taman Air Desa di Kuala Lumpur bersama dengan Shahrol Yuzy yang dikenali sebagai Yuzywazi Race Course.

Wazi membuat penampilan dalam filem Remp-It (2006) sebagai pemilik asal Yamaha RX-Z yang dipinjamkan kepada Mat Rempit bernama Madi, lakonan Farid Kamil.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page Diari Artis

Sumber : Asiakini

Be the first to comment on "“Pernah Bergel4r Jagvh Cup Prix Negara,” Wazi Abdul Hamid Kini Meniaga Telvr Masin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*