“Masa Tu Gaji Saya RM1,600. Tak Mampu Nak Beli GTR Ke Ferrari Ke,Tapi…, ” Hairul Azreen ‘Payung’ Fot0 Kereta Pertama

Pelakon Hairul Azreen ada berkongsi dua keping foto lama di samping kereta jenis Proton yang merupakan kereta pertamanya.

Jelas bapa kepada dua cahaya mata ini, dia ada melakukan beberapa pengubahsuain terhadap kereta berkenaan meski pernah disindir kenalan.

“My first car. Dulu saya pasang spoiler semua cakap nak gantung baju ke! Dulu saya tukar body kit semua org cakap ,kau ingt kereta kau Subaru Impreza!

“Dulu saya tukar seat recaro orang cakap tak payah yo yo ooo sangat kereta 1.3 je! Iswara tetap iswara rul.

“Saya tahu masa tu gaji saya RM1600 saya tak mampu nak beli GTR Ke Ferrari ke tp saya ada impian ada cita2 tau (tak salah berangan),” tulisnya.

Hairul dalam pada itu turut menjelaskan, tiada salah untuk mengejar impian kerana siapa tahu impian yang diangan-angankan itu boleh menjadi kenyataan.

“Guys terus lah kejar impian anda mana tau satu hari nanti jadi kenyataan ,ingat tak payah peduli apa orang nak cakap , yang penting jgn give up kita je tau apa yg terbaik utk diri kita  sebab #TheBestNeverRest,” tulisnya lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page Diari Artis

Sumber :: Instagram Hairul Azreen

PERHATIAN: Pihak Diari Artis tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Diari Artis juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Masa Tu Gaji Saya RM1,600. Tak Mampu Nak Beli GTR Ke Ferrari Ke,Tapi…, ” Hairul Azreen ‘Payung’ Fot0 Kereta Pertama"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*