Akaak Ipar Tiba Tiba Srh Bawa Prgi Kdai Brang Kemas. Selamba Je Dia Suruh Isteri Byar Rantai Tangan Besar Masa Tu Juga. Akhirnya Ini Yang Isteri Buat Kat Kedai Tu Buat Akk Ipar Bengang.

Gambar sekadar hiasan. Assalamualaikum. Pertama sekali terima kasih kerana siarkan cerita panjang yang saya tulis di page. Saya tidak sangka akan dapat banyak respons, baik positif mahupun negatif, saya terima dengan hati terbuka, Alhamdulillah dan terima kasih pada yang banyak

mendoakan saya at, semasa saya tulis cerita itu hari itu, tersedu-sedu saya menaip sebab tidak pernah saya meluahkan. Terima kasih sangat-sangat pada yang mendoakan saya kuat. Ramai juga yang mendoakan saya supaya rujuk dengan bekas suami, namun maaf,

mungkin saya belum kuat, dan luka masih belum sembuh selepas last kejadian di rumah mertua, tidak apalah, biarlah benda tu saya cuba lupakan dulu. Namun, tidak mudah sebenarnya untuk saya kembali dengan bekas suami. Ya, sayang tu masih ada.

Saya sayang sangat dengan bekas suami, terlalu sayang sehingga saya tahan untuk terus tinggal di rumah tersebut. Ada juga saya lihat komen mengatakan saya tak betul sebab lepaskan bekas suami, namun sekiranya berada di tempat saya, anda akan tahu mengapa saya buat keputusan tersebut.

Saya tidak mahu bekas suami menjadi anak drhka, buruk bagaimanapun, itu ibu yang melahirkan bekas suami, yang membesarkan bekas suami. Khilaf saya, saya tidak dapat menjadi insan yang boleh bersabar lagi untuk tahan, saya gagal bersabar.

Bekas suami masih contact saya, dan pujuk saya. Selalu juga dia tunggu di tempat saya kerja dan memujuk saya dan berjanji akan bawa saya duduk jauh dari keluarganya, namun saya tidak sampai hati memutuskan hubungan anak beranak. Saya cakap pada bekas suami,

isteri boleh diganti namun bukan seorang ibu, bukan juga adik beradik. Bekas suami menangis. Kami menangis bersama-sama. Ujian yang kami terima, kami redha. Saya keras hati? Ya, saya tak nafikan. Mungkin sebab dah lama saya berlembut dengan mereka yang suka mengambil kesempatan.

Saya bukan bodh, apabila saya sedar saya dipergunakan, saya selalu pujuk suami supaya kami pindah dan tinggal sendiri. Saya akan ajak suami berbincang sampaikan pernah juga brbalah kerana suami tidak akan tinggalkan ibunya. Lagipun rumah mertua dikira rumah pusaka.

Ada juga yang berkata saya suka mengungkit, maaf ini saya sangat tidak dapat terima, sepanjang tiga tahun saya di rumah itu, saya tidak pernah mengungkit di hadapan mereka. Suami ada ajak saya berbincang dan saya tahu kalau ikutkan gaji dia sahaja, mana mampu menanggung semua,

saya cakap takpe abang, saya akan tolong. Family abang, family saya juga. Saya tidak kisah kerana saya mampu. Saya cuma mengungkit pada hari saya ditmpar mertua dan diblsah kakak ipar, ya saya mengungkit hanya pada hari itu kerana saya tidak tahan.

Saya tahun mereka tidak akan berubah, mungkin semakin teruk. Ramadhan lepas ini memang la sedih tanpa suami namun saya akan kuat. Saya berbuka dengan ibu saya pada hari pertama berpuasa. Di rumah mertua dahulu, kalau tibanya bulan puasa dan raya,

saya akan awal awal susun perbelanjaan untuk mereka, semua persiapan raya mereka. Selalu juga bekas mertua, kakak ipar dan suaminya request kami bawa mereka berbuka di restoran mewah dan makanan sedap-sedap. Baju raya yang mahal-mahal, dan pernah kakak ipar mengajak saya teman

dia ke kedai emas, tanpa mengesyaki apa, saya drive kan sahaja bawa dia ke kedai emas, di sana dia pilih gelang tangan dan terus minta saya bayarkan. Terkejut, saya terus cakap tidak mahu, kerana budget cukup-cukup untuk bulan puasa dan raya, untuk persiapan raya satu keluarga,

kakak buat muka, keluar kedai masuk kereta dan hempas pintu kereta saya. Lama juga kami tidak bertegur sapa. Tapi tidak apalah, saya tetap halalkan semua, saya hanya manusia biasa, ada khilafnya, sifat sabar saya ada limit. Pada yang kata saya berkira, ya mungkin betul.

Sebab saya yang bekerja, tidak berehat untuk siapkan projek. Saya bukan malaikat. Selepas saya mulakan hidup baru, saya semakin dekat dengan Tuhan. Sebelum ini saya hanya tunaikan solat wajib, itu sahaja. Alhamdulillah, kini Malam-malam saya bangun dan solat untuk minta

ampun atas dosa saya meminta perpisahan daripada suami. Saya harap sangat saya diampunkan. Bekas kakak ipar masih mengganggu dengan menghantar message bukan-bukan, mendoakan saya pergi buat selamanya dengan cepat dan memaki hamun namun saya tidak reply kerana apa yang penting saya nak mulakan hidup baru.

Bekas adik-adik ipar saya yang masih belajar juga ada yang telefon saya, pada mulanya saya fikirkan mereka betul-betul rindukan saya dan mahu saya dan abang mereka berbaik namun meleset apabila di akhir perbualan mereka berkata “kalau cikngah takde, siapa nak bagi elaun kat adik tetiap bulan? mak dengan abang kalau bagi pun sikit.”

Hati saya perit lagi, tidak habis-habis. Bekas kakak ipar pun ada message cakap “ko jangan nak lepas tangan, perempuan jahnam. Yang ko pergi potong astro dengan wifi rumah ni kenapa? Ko tunggu aku suruh laki aku cari ko”. Saya screensht dan saya hantar pada bekas suami, dan cakap

– Abang, saya minta maaf tapi saya dah tak sanggup dah. Selepas itu, saya putuskan semua contact dengan bekas suami, saya tukar nombor apa semua. Sebab itu kadang-kadang saya tahu bekas suami masih tunggu saya di tempat kerja saya, tapi dia hanya duduk dalam kereta,

mungkin perhatikan saya dari jauh. Mungkin. Akhir kata, saya maafkan semua perkara, saya hanya maafkan, tetapi tidak lupa. Saya cuma terbayang, mungkin ada lagi orang di luar sana senasib dengan saya, namun lebih teruk. Sekurangnya saya masih boleh hidup sendiri,

boleh berdikari, saya masih ada keluarga saya. Bagaimana mereka yang tidak bekerja? Tiada pendidikan? Hanya bergantung pada suami? Sebab itu saya selalu pesan pada adik perempuan saya, belajar betul-betul, bekerja, jadi kita boleh hidup sendiri kalau ada apa-apa.

Kita tidak terlalu bergantung pada suami. Mungkin ramai yang tidak setuju, tapi tidak apalah, masing-masing ada pendapat sendiri. Kita doakan yang baik-baik untuk diri kita semua. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Hanya Kerana Asal Dari Pantai Timur Wanita Ini Dibenci Oleh Keluarga Mertua Sampai Dijadikan Macam Orang Gaji. Rupa Rupanya Ini Perangai Sebenar Mertua Padahal Duduk Di Madinah.

kawin time belajar last semester. Husband aku pegawai bank kat selangor. Husband aku ank no 2 dan ank kesayangan mak mertua aku. Sebelom kami kawen, laki aku ada cakap yang mak dia tak suka orang pantai timur. Bagi dia, org pantai timur ni cakap ntah apa2, tak pandai jaga diri and selekeh. Nak dijadikan cerita, aku ni org terengganu.

So first things first, dia mmg da tak suka aku la, sebb orang pantai timor. Masa datang merisik pon dia terus terang je cakap, susah kalau kawen ngn org pantai timur ni, jauh dan penat nk drive. Tapi disebabakan ank dia da berkenan, dia ikotkan jugak walaupon jauh. Pertama kali aku diamkan jela sebb nk jage hati bakal mertua. Famili mertua aku ni menetap kat arab saudi, madinah. sebb ayah mertua aku kerja kat sane.

Abang ipar aku ni kahwin dengan menantu pilihan hati mak mertua aku la, orang perak. Masa mula2 kawin dulu, aku balik kadang2 la umah maktua aku sebb aku masih lagi belajar. Masa tu mak mentua and 2 org lagi ank dia da fly to Saudi. Aku ni pulak, jenis yg buat keje banyak2 terus, contohnya, iron baju banyak2, basuh bju banyak2 n masak banyak2 la. Orang pntai timor ni kn mmg pandai masak n sedap plak tu.

Nak dijadikan cerita, sebulan kawin aku dah disahkan mengandong. Alhamdulillah, rezeki. Aku kene hadap morning sickness yang sangat2 terok sampai aku nk jalan pon tak larat. Masa cuti semester tu, husband aku bawak la aku duk umah mertua aku yg masa tu abang ipar n bini dia ngah duduk jugak. Dia tak nk la tinggalkn aku kat umah mak aku kat terengganu sorang2 sebb aku alahan terok, sush dia nk datang n jaga aku time tu.

Rumah kami ngah renovate mase tu nk besarkan dapor. So aku setuju. Aku duduk la sana, tetapi bini abang ipar aku ni mcm tak suka aku dudk kat sane jugak. Aku memang tak leh nk masak atau buat apa2 time tu. Bau minyak n bawang goreng pon tak boleh. Bau ubat gigi pon tak boleh. Sampai aku gune ubat gigi budak2 yg kodomo lion tu je utk berus gigi aku. Masuk mkanan je terus muntahkn balik.

Masa tu check in check out hospital je keje aku. So mmg aku tak de energy dan mmg tak larat la nk kemas2 umah ke masak ke. Tapi, aku siap2 da anta dobi baju kerja laki aku, siap gosok dah untuk 2 minggu. So keje aku time tu baring jela. Disebabkan aku ni baring je, bini abg ipar aku ni mengadu kat mak mertua aku ni. Cakap aku ni duk sini macam raja, and buat dia macm hamba. dia cakap aku ni tak iron pon baju laki aku, laki aku pakai je baju yang berkedut seribu pegi kerja.

Demi Allah, aku tak de pon nk suruh dia masakkn ke apa ke untuk aku, sebb aku memang tak leh makan apa2 pon. Mak mentua aku ni wasap aku pg2, dlm kol 3 pagi mcm tu, maki hamun aku cakap aku manje la, mengade la. Dia ckp la dulu dia pon mengandung jugak boleh je buat keje umah. Masak tak de pon nk harapkan orang masakkan untuk dia.

Aku nangis la bile dia cakp mcm2 kat aku dlm wassap tu. Mungkin sebb tgh mengandung kot, emosi lebih. Laki aku time tu terkejut la sebb aku nangis sedu sedan, aku bg la dia bace wassap mak dia tu. Laki aku macam bengang la, sebb mcm mane dia boleh tau sedangkn dia tak de kat sini pon. Esoknya, dia la tanye abang dia , abang dia ckp tak tau apa2. So sah2 la bini dia punyer keje. Kami try la tanya secara baik, dia tak mengaku.

Last2 laki dia cek wassap dia, mmg dia yg jadi batu api cerita macam2 kat mak mertua kat sana. Aku and husband aku start hari tu, memang da tak cakap apa2 pun dgn biras aku. Masa nk raya, diorg balik malaysia. Ayah mertua aku harap sgt la boleh duduk ramai2 berkumpul ramai2. Aku ikotkn la jugak walaupon macam malas la. Masa tu aku da ok sikit la, boleh la masak sikit.

Masa tu plak, diorang ni ambik kesempatan, suruh aku masak macam2. aku dengan perot boyot nye, masak la sorang2 kat dapor sambil menangis. Macam2 aku masak, nk sgt ambik hati ayah mertua aku. Dah la msak sorang2, bile makanan da hidang, mak mertua aku ni tak ajak pon aku makan sekali. Sedih sangt time tu. Rasa nk balik je nk mengadu kat mak aku.

Laki aku ni serba salah, last2 dia ajak aku makan dengan dia je nanti. Dah la aku masak, aku hidang, diorg mkn2 pastu tinggal je pinggan mangkok tu atas meja pastu keluar nk g jalan2 . Siap pesan lagi kat aku, cuci bersih2 dan keringkan betol2 sebb pinggan tu mahal. Cuba korang pikir hati aku time tu? Aku ni menantu ke maid diorang? Bukan aku sorang je menantu, dia ada lagi 1 menantu dan 1 ank perempuan. Tapi semua tu aku sorang yang buat.

Berpeloh aku duduk kat dapur sorang2, bila da masak makan nye ramai. Mak mentua aku mase aku bersalin tak datang tengok tak kol pon tanye aku n cucu dia ok ke tak. Alasan dia jauh. Tup2 aku dpt tau menantu kesayangn dia terseliuh kaki. Boleh plak drive ke ipoh semata2 nk tengok. Time tu aku memang da terasa hati sgt2. Dia balik dari bercuti kat Istanbul beli mcm2 kat menantu dia sorang lagi. Tudung abaya, tshirt, set pinggn mangkok la.

Bahagian aku, dia beli tudung 1 helai je, tak beli kn aku baju ke apa ke sebb alasan dia tak tau size. Padahal aku ni size standard je kalo nk banding ngan menantu dia sorng lagi yang agak gempal tu. Semua yang aku buat, ada je yang tak kena kat mata dia. Hari tu dia kol laki aku dari madinah, tanya kenapa belikan minyak wangi dan jam mhal utk aku? Membazir je dia ckp. Baik belikan kt dia. Aku diam je tak ckp apa2.

Ntahla, now aku dah keje, ank aku da 8 bulan dan dah duduk umah laki aku. Aku dah jadi tak keruan sebb diorg dah nk balik sebb nk beraya. Tahun ni turn raye umah mak aku kat terengganu. Kadang2 aku pikir jugak, hina sgt ke orang pantai timor ni dimata orang Johor?? Mulia sgt ke diorang yg kaya raya ni berbanding peneroka felda ? Kadang2 aku terpikir jugak, kenapa ek orang yg pakai jubah labuh, tudung besa dan diorg dah duduk kat madinah, kat tanah suci, tapi kenapa still ad sikap negatif mcam tu?

Aku tanya jugak laki aku kenapa tapi laki aku hanya suruh bersabar sebb dia ckp ada balasan dan bahagian utk orang2 yang sabar ni. Aku hmmmm, ntah la tak tau la setakat mana leh sabar. Doakan aku supya diberikan kesabaran yang tinggi. – Eiya

Mertua Tak Bagi Suami Tidur Sekali Bila Malam Pertama. Dah 3 Bulan Kahwin Pun Isteri Masih Tak Disentuh Lagi. Rupanya Ini Kerja Mak Mertua Sampai Suami Jadi Macam Ni.

Pernikahan adalah antara saat indah yang kita semua nantikan. Namun tidak semuanya bernasib baik sepertimana yang lain. Perkongsian dari wanita ini di laman KRT, berkongsi pengalaman yang ditempuhi saat berkahwin dengan pemuda ‘anak mak’. 3 bulan berkahwin tidak disentuh kerana mulut mertua. Ikuti perkongsiannya di bawah.

Assalamulaikum. Min tolong hide FB saya ya? Kisah bermula macam ni. Dulu saya pernah berkahwin tapi cuma bertahan 3 bulan sahaja. Semua punca dari ibu mertua saya. Ex suami saya tu anak bongsu. Pada malam pertama pernikahan kami ibu mertua saya melarang ex suami tidur dengan saya. Dia suruh tidur dengan dia. Alasan nya ibu mertua kata sakit dada. Takut mti xada orang pulak. Xpa saya faham.

Bnda ni berlarutan Smpai 2 minggu. Lpas pada tu ex suami dah kena kerja. Kami PJJ. Saya belum di sentuh ex suami. Selepas sebulan ex suami balik. Dengan marah2. Saya hairan apa salah saya pada dia. Bila tanya tak jawab. Marah terus ja. Masam muka. Satu hari saya terjumpa dengan kawan suami. Kawan ex suami ajak sembang.

Baru la saya tahu punca suami marah selama ni. Semua kerana ibu mertua. Saya di fitnah pada semua orang. Sehingga ex suami pun marah besar. Saya balik. Saya tnya suami hal ni. Suami cakap kalau tak ada angin masakan pokok nak bergoyang. Ibu mertua cakap saya berhubungan dengan lelaki lain.

Sakit hati saya. Saya cakap kalau tak percaya sentuh la saya. Sudah 3 bulan menikah tapi belum di sentuh. Tapi jawapan ex suami sangat mengguris hati. Dia cakap saya jjik. Perempuan kot0r dan macam2 lagi. Saya di lepaskan. Selepas 7 bulan berpisah. Saya kenal dengan seorang lelaki yang sangat baik.

Alhamdulillah terima saya seadanya. Saya sngat bersayaukur. Kami bernikah. Saya juga bersayaukur dapat seorang ibu mertua yang baru sangat baik. Dan penyayang walupon suami saya yang sekarang anak bongsu. Alhamdulillah. Dah 3 tahun berumah tangga. Belum ada ank. Tapi masalah pula mendatang apabila ex datang balik menagih cinta. Tapi hati saya hanya pada suami. Saya tak layan.

Tapi jahat juga dia dan mak dia. Datang kata buruk saya pada family mertua. Ibu mertua cakap dia terima saya seadanya. Biarlah apa yang di fitnahkan. Saya brsayaukur sngt. Mempunyai ibu mertua yang baik. Tapi keluarga ex seperti tak puas hati lagi. Apa perlu saya buat.? Perlu kah, saya berdepan dengan mereka? Trima kasih semua.

Luahan wanita ini mendapat reaksi pelbagai dari pembaca. Lihat apa kata mereka.

Arlin Amshah –Report polis dan saman je. Tapi sebelum tu pergi kumpol bukti. Cari saksi2 yang lepas berbual dan rekod secara senyap. Dah kukuh bukti dan hujah baru saman. Untuk selamat kan rumahtangga yang baru. Buat kerana Allah #Jangan santau berdosa. 😂

Izzati Nordin –Semoga kite same2 sebagai wanita menjadi anak isteri menantu ibu yang baik2 di dunia ini dan diterima allah dalam setiap doa Dan taubat kite. Abaikan saje si bekas suami dan bekas ibu mertua tu, jangan sesekali di layankn nanti makin menjadi. Sentiase bersayaukr dan kekal d Cc suami dn keluarga, moga allah permudhkn sgale urusanye. Report polis juga bagus untuk mengelakkan ganguan sebegitu.

Siti Shahrizan –Report dan saman, sekarang macam2 boleh buat, asal ada bukti yang kukuh, berdiam boleh kalau ia mendatangkan kebaikkan. Tapi adakalanya berdiam tu makin memudaratkan,ambik tindakkan yang tegas, tak kan selamanya nak dibiarkan orang sesuka hti mengganggu hdup kita, mengaibkan dan menfitnah orang boleh dibuat kes. Sampai bila nak biarkan ex dan mak dia yang tak betul tu mengganggu hdup TT, busuk sangat hati tengok orang bahgia ye. Syukur TT dah terlepas dari manusia macam tu.

Anita Dshop –Orang yang ada psych0 memang camni. Tak dpat secara kasar, secara haluspun dia orang rela buat. So harap TT lebih berhati2 dan ambil langkah berjaga2. Cari pendinding diri dan keluarga. Bnyakkan membaca Al Quran dan berzikir pada Allah. Saya doakan Allah permudahkan segala urusan hidup TT.. InsayaaAllah, aamiin.

Fatin Fauzi –Orang tak betul klau dilayan boleh jd tak betul. Selagi mertua dan suami awak percayekn awak. Awak jage la mereka sebaik nye. Awak jangan layan perangai meroyan ank dan mak yang sakit jiwa tu. Awak buat la report polis untuk lindungi diri. Takot di apa2 kan kemudian hari nnti susah.

Awang Jauhari –Sekarang dah bahagia bukan? Tak perlu di layan lagi manusia yang tak tahu kenang budi. Seeloknya kamu tak payahla berkawan lagi dengan mana2 lelaki termasuk ex kamu. Bukan apa. Untuk elakkan dari ada pihak yang akan ambil kesempatan untuk memburukkan kebahagiaan kamu sekarang. Yang dah berlalu biarkan berlalu. Tak perlu nak di runsingkan lagi. Hargai la apa yang ada di depan. Faham kamu rasa marah dengan mereka tapi usahlah kamu mengejar bayang2 kemenangan andai kesempurnaan telah pun kamu miliki.

Sumber : Kisah Rumah Tangga

Be the first to comment on "Akaak Ipar Tiba Tiba Srh Bawa Prgi Kdai Brang Kemas. Selamba Je Dia Suruh Isteri Byar Rantai Tangan Besar Masa Tu Juga. Akhirnya Ini Yang Isteri Buat Kat Kedai Tu Buat Akk Ipar Bengang."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*