Tgh sarat, Ida ‘lari’. Ibu ayahnya heret Ida ke ofis. Dpn HR, Ida bongkar cerita. Ibu ayah terkejut, dia tekad.

Sambungan part 1.

Untuk part 1 klik link dibawah

 

“Okla Gohan, aku nak jaga baby ni. Terima kasih Gohan. Aku minta tolong kau hantar aku ke zoo, aku nak tengok binatang. Nanti habis kerja, kau ambil aku kat zoo ye. Kau kena masuk office kan?”.

Kata Ida, kembali mengukir senyum. Rupanya tekad. Aku ingat lagi dia pegang perutnya dengan sebuah azam.

“Kau betul ni, tak nak aku teman ke zoo? aku dah punch, boleh la meng’ulor’ sekejap. lagipun tak ada kelas hari ni”.

“Aku ok. Aku serius dah ok. Ko bawa aku ke zoo. Aku nak bagi makan burung, itik…”

Aku pun tinggalkan Ida di zoo, untuk masuk ke office. Sejak dulu aku tahu memang ida suka binatang, macam aku juga.

Dulu petang, selalu kami beri makan itik di tasik, mengejar arnab gemuk (hare bukan rabbit tau) dan berbaring di taman melihat keindahan tapi ganasnya burung fulmar dan bunga-bungaan. Berkelah dalam cuaca kesejukan. diserang burung kelaparan mencuri bekalan sandwich itu biasa.

Tak keterlaluan untuk aku katakan, aku dan ida mungkin lebih sukakan binatang dan alam daripada orang. Hahahahaha.

Part 2: Bukan Cerita R0g0l Biasa II

Sebenarnyakan, sebelum aku post cerita ni, duluuuuuuuuuu i mean duluuuuuu sangat masa aku mula mula tahu cerita Ida ni, aku pernah suruh Ida ni menulis la.

Tulislah buku ke, artikel surat khabar ke, cerpen ke atau tulis kat sini ke tentang pengalaman dia ni (tapi tak pasti la masa ni IIUMC ni dah wujud ke belum sebab aku bukanlah rajin baca page ni), tapi korang tahu tak dia cakap apa?

“Taknaklah Gohan. Nanti satu Malaysia kecam mak dan ayah aku. Aku tak rasa aku sanggup nak baca kecaman dorang. Nak tak nak, mereka tu tetap parents aku”.

Ha.. ko rasa? Aku rasa nak flip table je bila dia cakap macam tu kan. Kalau aku la, dah aku bagi ‘kame hame ha’ dah kat kedua dua makhluk tu.

Tapi itulah Ida yang aku kenal, lantak pi la bunyi macam ‘st0ckholm syndr0me’ pun ada. Tapi, mungkin dia mengingat baik baik apa jasa jasa mak ayah dia dulu membesarkan dia. Mungkin. Kita mana tahu.

Anyway, aku bagi jaminan kat pembaca semua yang cerita Ida ni happy ending. Gerenti tak bakar panggung la. Cuma entah sempat aku nak tulis sampai ending tu aku pun tak tahulah sebab mesti gang2 kata cerita ni rekaan sempena kebosanan PKP, mesti rasa ending dia sumpah lagilah rekaan.

Aku dengan mak aku pun tiap kali duduk kat dapur membawang (potong bawang betul ok) kalau teringat pasal Ida ni, masing masing memang rasa ‘fuh, amazing takdir tuhan’ gituuuu. Plot twist ke tak, nanti tengoklah.

Oh, ada yang tanya kenapa dah jadi kes polis boleh pula tak jadi. Ni lah yang malas aku nak cerita sebab kang panjang macam sinetron #doneclaim. Tapi, to cut it short. Ida ni selalu kena dengan ayah dia masa sekolah rendah. So dia belajar rajin, perform 5a UPSR. Dapat masuk asrama.

Sejak duduk asrama dia dah tak selalu balik rumah. Lepas sekolah asrama 5 tahun, masuk pula uni dan belajar jauh oversea (4 tahun +) , jadi banyak tahun juga dia ‘jauh’ dari rumah.

So, masa cuti musim panas yang dia balik untuk report ayah dia tu, dia pergi buat medical checkup untuk kukuhkan dakwaan dia.

Tapi sebab benda tu berlaku dah bertahun tahun dahulu, so kesan kesan macam tak berapa ada/tinggal lagi. Jadi, memang Nyonya Mansoor in denial dan cakap dia fitnah bapa dia. Seluruh keluarga cakap macam,

“Apasal masa jadi dulu tak report? Ni, dah lepas bertahun tahun baru nak report”.

Jadi, kes tu gugur ke, ditarik sebab kurang bukti ke lebih kurang macam tu lah. Anyway, jap aku nak tanya, ada korang kenal budak bawah umur 12 tahun pergi balai polis buat report kata bapa sendiri r0g0l? ada?

By the way, anak Ida tu pun dah besar. Membesar bagai juara. Masuk sekolah dah pun. Sesekali ada juga Ida hantar gambar anak dia tu ke aku. Happy aja budak tu posing siap ‘peace’ bagai. Aku kalau tengok, ada rasa sayu. Terkenang masa masa duduk depan klinik nak gugurkan dia. Memang tak boleh lupa moment tu. Bayangkan kalau…… ah sudah. Tak payah toleh belakang lagi.

Sepanjang aku menulis ni, aku memang tak terasa pula penulisan haritu boleh buat menitik air mata pembaca. Sebab macam aku cakap, aku cool aje. Menulis pun cool aje. mohon maaflah kalau ada yang trigger air mata, anxiety ke dan sewaktu dengannya.

Punya panjang intro. Ok. Aku sambung.

Lepas Ida tu dah tenangkan fikiran bagi makan itik, burung dan segala binatang yang ada kat zoo tu (4 jam dia lepak zoo sebab tunggu aku habis office hour, kalau tak tenang juga, tak tahulah aku dia nak bagi makan makhluk apa baru tenang), aku pun ambil dia.

Riak wajah dia dah tak nampak macam pagi tadi. Aku SMS dia beberapa kali sepanjang di office.

“Ko ok? Ko buat apa ? seronok kat zoo? Ada binatang apa?”.

Dan soalan soalan bdoh lain. Just to make sure dia kekal hidup, tak buat benda bdoh. Takut juga aku kalau tiba tiba dia buat benda tak masuk akal. Viral kang. Tak pepasal aku famous kena interview, ‘mngsa r0g0l terjun kandang polar bear’.

Aku memang tak teman dia kat zoo sebab dia insist nak menyendiri, so aku hormati. Knowing her, i know, dia boleh kuat hadapi ini semua sendiri.

Aku bawa dia balik rumah. Aku ingat lagi mak aku peluk dia. Dan of coz, mak aku pun cool. Tak keluar air mata langsung. Keturunan kami memang cool belaka (selit lagu ice cream mat kool please). Mak aku peluk dia kuat kuat. Aku pun rasa cemburu tau.

Pada masa ini, sebenarnya keluarga aku dah tahu kes dia ni sebab mak aku dah berbincang tentang penjagaan dia dengan ayah aku dan kakak aku. Kakak aku dengan besar hati nak susukan anak dia nanti sebab kebetulan kakak aku pun pregnant.

Kiranya, kakak aku happy lah ada gang ‘berpantang’ sama sama kata dia. Urut sama sama, makan lauk membosankan sama sama. Beli baju baby sama sama. Ah…… sudah. Dia ingat ni program camping sekolah agaknya.

Tapi, esok paginya Ida minta izin untuk balik ke rumah dia (rumah sewa dia, bukan rumah mak ayah dia). Katanya, dia kena setelkan urusan pejabat.

Dia tak rasa dia boleh bawa perut yang bakal membesar ini ke pejabat dalam keadaan semua orang tahu dia berstatus bujang. Jawatan sebagai pendidik pula tu, jatuh maruah dia nanti. Jadi, Ida decide untuk kemas semua barang. Dan lari dari rumah dan pejabat.

Ida terus kemas segala barang rumah, masukkan apa yang boleh ke dalam kereta. Dia tinggalkan segala kerjanya dan langsung tak datang kerja. Dia langsung tak maklumkan pada rakan pejabat dia dan membuatkan dia bakal dikenakan tindakan disiplin.

Ida drive sendiri ke negeri XXX yang jauh lebih 8 jam dari negeri aku tinggal. Serius aku masa ini ingatkan Ida akan lari ke rumah aku sebab seluruh keluarga kami dah menerima dia, tapi tidak.

Usai sampai di negeri xxx, barulah Ida hubungi aku. Terkejut aku. Rupanya Ida ke rumah sewa adik perempuannya yang masih belajar di universiti. Ida kata dia nak menetap di situ, sehingga dia bersalin. Dia mohon adiknya merahsiakan keberadaan dia di situ.

Dia tak boleh duduk rumah aku sebab khuatir ada orang dikenali di situ (sebab kami senegeri kan). Nanti kantoilah dia mengandung. 1 office akan kecam dia. Almaklumlah, jenis kerja Ida ni macam bersepah orang orang yang dikenali.

Dalam tempoh dia duduk di rumah adiknya, dia tinggalkan segala kerjaya dia. Maka kecohlah, dan akhirnya pihak pengurusan pejabat setelah gagal menghubungi Ida berkali kali, pihak pejabat pun menelefon maklumat waris dia (iaitu ayah/ ibu) dia di kampung.

Maka, kantoilah Ida ini sudah lari dari pejabat. Entah bersembunyi di mana dan menimbulkan kemarahan Nyonya Mansoor.

Jeng jeng jeng.

Nyonya Mansoor terus ke rumah adik Ida di negeri XXX dan of coz, memarahinya. Nyonya Mansoor mempersoalkan kenapa Ida sanggup tinggalkan kerjaya yang stabil demi budak entah anak siapa. Kenapa nak simpan budak yang masa depan gelap ni.

Nyonya Mansoor dan suami membawa Ida ke main office dan berjumpa pihak pengurusan pejabat Ida. Merayu agar diberi pengecualian atas tindakan kurang ‘waras’ Ida.

Nyonya Mansoor beria ria mengatakan Ida ada masalah kesihatan dan mohon diberi pengampunan, tetapi pihak pengurusan berkeras ingin laporan doktor sebagai bukti masalah kesihatan. Ida duduk membisu. Dibiarkan ibu ayahnya beria ria merayu bagi pihaknya. Akhirnya Ida ke kaunter pengurusan dan bersuara sendiri.

“Cik, saya ni mengandung anak luar nikah, saya dah tak boleh kerja di cawangan negeri YYY (negeri tempat aku kerja), boleh tak saya minta transfer ke cawangan negeri lain? Malu saya. Saya boleh cerita in detail, tapi berilah saya peluang jumpa pegawai yang sepatutnya”.

Terkejut ibu ayah Ida bila mendengar pengakuan berani mati ida. Seboleh boleh mereka tak mahu sesiapa tahu Ida mengandung. Malu dan memalukan kan. Ida dah tekad. Biarlah. Akhirnya, Ida berjaya jumpa pegawai yang sepatutnya dan dapat ditukarkan ke cawangan lain dengan serta merta.

Aku tabik spring kat pegawai ni sebab bagus dalam bab menjaga kerahsiaan Ida ni. Selalunya kat office aku, cerita aku beli makanan kucing kat shopee pun makcik cleaner boleh tahu tau. To cut it short, akhirnya, Ida diterima bertugas di cawangan di negeri xxx, tempat adiknya belajar. Ida kembali ke rumah adiknya.

Ida mula kembali bekerja. Perutnya yang makin membesar tidak menjadi isu di tempat baru kerana pekerja pejabat baru ini tidaklah begitu suka ambil tahu. Mungkin mereka ingat Ida PJJ dengan suami kot. Depa pun tak kisah. Sesekali aku SMS Ida, tanya apa khabar.

Zaman zaman ni bukan zaman whatsapp boleh selalu share pelbagai cerita. Kadang kadang Ida cerita dia sibuk buat kek untuk dijual sebagai pendapatan sampingan.

Kadang kadang dia ajar kelas tambahan budak budak. Ini semua sebagai persediaan menerima orang baru. Ida memang bertekad nak bersalin di negeri XXX. Melopong lah kakak aku yang awal awal dah berangan nak ada gang bersalin sama sama di rumah. Padan muka ko, kak. Hahaha.

Tinggal beberapa bulan sebelum Ida bersalin, Ida hubungi aku.

“Gohan, aku dapat mak angkat untuk budak ni”.

“So, ko serius nak bagi kat orang? Ok ke orang tu? Bagus?”. Tanya aku.

“Ok, Kak Lina namanya. Akak ni baik. Dah lama kahwin, belum rezeki ada anak sendiri. Dia ada ambil seorang anak angkat. Ni dia nak ambil seorang lagi. Anak aku ni. Aku dah pergi rumah dia. Dah jumpa dia. Lembut orangnya wei”.

“Betul ni kau nak bagi dia?”.

“Yelah, lagipun, ko tahukan, mak aku takkan nak aku jaga budak ni. Mak aku dah warning jangan balik kampung sepanjang aku berbadan dua. Dia malu kalau orang/jiran2 nampak tiba tiba aku mengandung. Apatah lagi bawa balik baby ni. Lagi la”.

Ah.. aku dah agak. Ni Nyonya Mansoor punya cerita. Tapi aku fikir fikir balik. Kalau sememangnya akak itu baik hati, apa salahnya. Mungkin ini pengakhiran yang lebih baik untuk both, Ida dan baby.

“Tapi kan Gohan , aku letak syarat. Aku nak sepanjang aku cuti bersalin, aku nak susukan dia. Dan aku cakap kat kak Lina, kalau tiap tiap hari, minggu, bulan aku nak lawat anak aku, aku nak lawat. Aku tak nak putus hubungan dengan anak aku ni”.

“Pastu, kakak tu cakap apa? Ok? Kan drama banyak tunjuk kadang kadang mak2 angkat ni tak bagi kita lawat”.

Kataku sambil gelak. Membuang keseriusan topik perbincangan.

“Kakak tu cakap ok. Dia minta aku berpantang aje di rumah dia. Jadi dia boleh jaga aku berpantang. Dan jaga baby sekali. Baik kan dia? Aku pun boleh susukan anak aku macam biasa, dan boleh melawat anak aku anytime. Jadi, aku rasa sesuai aku bagi baby ke kak Lina ni”.

Aku mengiyakan sahaja cerita Ida. Macam aku cakap dari awal, aku ni bukanlah yang akan tiba tiba memberi pendapat tak tentu hala. Mungkin ambil masa beberapa ketika baru aku boleh come up dengan nasihat yang lebih baik.

Beberapa bulan selepas itu, Ida SMS aku, katanya dia dah nak bersalin. Apa lagi, sebagai ‘superhero’ penyelamat planet namek, aku pun mohon cuti dari pejabat (cuti annual leave la, takkan cuti bersalin pula), aku ambil bas ke negeri XXX.

Aku pun excited nak tengok anak Ida. Aku terus ke rumah sewa adik Ida. Dan inilah kali pertama aku berjumpa bertentang mata dengan Nyonya Mansoor dan ayah Ida. Lets call him Pakcik Jebon. Dah tak ada idea aku nak bagi nama apa ok.

Maaf cakaplah, aku memang tak boleh pandang kedua dua wajah mereka. Tapi aku buat relaks. Buat cool. Tangan di hulur, bersalaman aku dengan Nyonya Mansoor. Ikut hati nak aku genggam sampai patah patah tangan dia, tapi, memikirkan Ida yang baru lepas bersalin. Aku cool aja.

Pakcik Jebon? Ha.. memang sepatah kata pun aku tak tegur. Aku buat tak nampak. Terkejut aku tengok kelibat mereka yang kelihatan baik baik amat perawakannya.

Lagipun, ayah aku dah warning aku siap siap,

“Kalau kamu lawat Ida, kebetulan bapak dia ada, kamu jangan berani berani tidur rumah dia, kamu pergi book hotel. Ayah tak nak apa apa jadi kat kamu”.

Something like that lah. So, aku lagilah malas nak beramah mesra dengan Pak Jebon tu.

Aku nampak Ida sedang berehat di bilik, baby di ruang tamu. Tidur. Umurnya baru beberapa hari, mungkin. Aku tatap wajah baby ni. Tak bersalah. Kebetulan mak Ida lalu lalang.

Sedang galak dia mengemas barang barang baby. Selimut, baju baju semuanya. Katanya nak kena cepat cepat bagi baby ni ke orang. Aku beranikan diri aku bertanya. Aku berdoa agar aku tidak terkurang ajar dengannya.

“Nak bagi orang? Nyonya tak sayang ke budak ni?”.

“Sayang? Gohan tahu kan budak ni siapa?”.

“Yelah, tapi kan dari Ida kan. Ida sayang budak ni”.

Aku cuba meraih wajah simpati. Sebab aku tahu, disebalik itu, Ida berharap sangat dapat menjaga baby nya sendiri. Yelah, Ida berusaha ajar tusyen dan jual kek untuk pendapatan sampingan semasa mengandung kan.

“Tak, sementara ada orang nak, ada orang nak jaga. Kita bagi”.

Aku menumbuk lantai. Ikut hati aku nak menarik kepalanya dan menghumban masuk dalam bonet kereta. Dua dua makhluk ni aku nak letak tengah jalan dan langgar dengan lori ulang kali.

Pak Jebon cuma menurut kata, memasukkan barang barang ke dalam bonet untuk dihantar ke rumah kak Lina. Aku perhati sahaja kelibat mereka berdua mengemas barang, aku masuk ke bilik Ida. Mengajaknya berbual.

“Ko ok? Sakit bersalin? Tak sempat aku tengok perut ko masa besar. Ni dah kempis balik. Aisehmen. Ko ada ambil gambar tak?”.

Kataku sambil gelak sikit. Aku memulakan kata. Aku tahu, mungkin Ida hanya duduk di bilik menenangkan fikiran.

Ida cuma gelak. Seronok dia menceritakan pengalamannya bersalin tanpa ‘suami’ di sisi. Aku pun mendengar dengan tekun. Lama kami berborak hingga tak sedar dah petang hari.

Sebenarnya banyak aku nak tanya. Tentang hubungan Ida dengan mak dan ayahnya dan macam macam lagi. Tapi, aku tak rasa ini masa terbaik membebankan otak ibu yang baru lepas bersalin ini. Kang meroyan, satu hal pula.

Petang itu, Ida, baby dihantar ke rumah kak Lina oleh Nyonya Mansoor dan Pak Jebon. Kemudian mereka pulang ke negeri mereka setelah yakin Ida ‘selamat’ di rumah kak Lina.

Maka, bermulalah siri kak Lina menjaga Ida. Aku cuma melambai Ida kerana tidak ikut sekali menghantar Ida ke rumah kak Lina. Aku berdoa ini adalah pilihan terbaik buat semua.

Aku ingat lagi Nyonya Mansoor pernah berkata,

“Budak ni, kena cepat cepat bagi. Kalau tak bagi nanti, mulalah timbul sayang. Lepas tu mulalah tak jadi nak bagi orang. Nanti menyusahkan sahaja”.

Akan bersambung part 3

Be the first to comment on "Tgh sarat, Ida ‘lari’. Ibu ayahnya heret Ida ke ofis. Dpn HR, Ida bongkar cerita. Ibu ayah terkejut, dia tekad."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*