[Video]Jen4zah Allahyrham Prof Ungku Aziz Dikebvmikan Malam Ini.

Kuala Lumpur: Jnazah Allahyrham Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid akan dikebvmikan di Tanah Perkburan Islam Bukit Kiara, malam ini.

Terdahulu, jnazah Allahyrham Ungku Abdul Aziz tiba di Masjid At Taqwa Taman Tun Dr Ismail di sini, 8.50 malam untuk disembahyangkan selepas solat Isyak.

Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menziarahi Allahyrham dan memberikan kata semangat kepada keluarga.

Turut berada di masjid, isteri Allahyrham Rohayah Ahmad Bahiran serta anak perempuannya yang juga bekas Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dan ahli keluarga.

Suasana masjid mula dipenuhi kenalan dan orang ramai sejak 7 malam tadi.

Ungku Abdul Aziz, 98, meninggaI dunia di H0spital Prince Court, di sini, 4 petang hari ini.

Allahyrham dilahirkan di London, United Kingdom pada 28 Januari 1922 adalah negarawan dan tokoh paling diseg4ni di negara ini.

Sebagai tokoh pendidikan dan ekonomi, Allahy4rham Ungku Abdul Aziz mencetvskan pelbagai idea praktikal demi memajukan ekonomi, khususnya pendidikan dan ekonomi orang Melayu dan ekonomi umat Islam.

Antaranya ialah penubuhan koperasi kebangsaan, Tabung Haji, Akademi Islam dan Pusat Asasi Sains.

Video:

Sumber: harian metro

Be the first to comment on "[Video]Jen4zah Allahyrham Prof Ungku Aziz Dikebvmikan Malam Ini."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*