Pemuda Jual Kereta Kesayangan, Demi Sumbangan Untuk Pondok Tahfiz

Bersedekah adalah amalan yang mulia dan diredhai Allah SWT. Pelbagai cara dapat kita lakukan untuk melakukan kebaikan. Sedekah dan melakukan amal jariah merupakan antara salah satu tiket untuk ke syurga yang dijanjikan oleh Allah S.W.T.

Jual kereta kesayangan demi pahala

Menerusi satu perk0ngsian yang diperoleh daripada laman Facebook Motorsports Malaysia seorang pemuda telah menjual keretanya dan sumbang semua hasil jualan tersebut kepada sebuah pondok Tahfiz di Pahang.

100% untuk pondok tahfiz

Menurut laman Facebook berkenaan, kereta itu adalah kereta kesayangannya dan apa yang dilakukan adalah salah satu cara mengumpul saham akhirat.

Menggunakan nama Facebook Semangat Membara , pemuda terbabit memaklumkan kereta yang ingin dijual masih lagi cantik dan turut memuat naik keadaan keretanya yang terjaya rapi.

Pengusaha pasaraya

Dalam pada itu, di ruangan komen pula, laman Facebook Motorsports Malaysia ada memberitahu bahawa pemuda terbabit merupakan pengusaha sebuah pasaraya di Pahang dan mengajak orang ramai supaya sama-sama menyok0ng perniagaan beliau.

Semoga terus murah rezeki bro

Tindakan murninya telah mendapat perhatian warganet dan rata-rata mengucapkan terima kasih serta memuji kebaikkan yang dilakukan oleh pemuda itu.

Bila kereta bukanlah segala-galanya

Tiba masa mengejar akhirat

Sumber Dipetik Dari MyTv Viral Dan Motosports Malaysia

Be the first to comment on "Pemuda Jual Kereta Kesayangan, Demi Sumbangan Untuk Pondok Tahfiz"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*