Hannah Delisha selamat bernikah dengan pelakon Singapura, Imam Shah – “Akhirnya selepas lima tahun”

PELAKON Hannah Delisha menge jutkan ramai peminat apabila mengumumkan sudah selamat bern!kah dengan jejaka pilihan hati yang juga pelakon, Imam Shah di Singapura pada Khamis.

Hannah atau nama sebenar Hannah Adlina Blackburne Birch, 23, melvahkan rasa syukur kerana hubungannya dengan Imam selama lima tahun berakhir sebagai suami isteri.

“Akhirnya selepas lima tahun. Alhamdulillah, I love You Imam,” tulisnya beserta tanda pagar (hashtag) Imam Pada Hannah.

Bersama kapsyen tersebut, dia turut berk0ngsi dua keping foto bersama suami selepas upacara pernikahan itu.

Sementara itu, Imam menerusi Instagram miliknya berk0ngsi foto menyarungkan cincin di jari manis Hannah.

Perkongsian Hannah di Instagram.

Rata-rata peminat terkejut dengan berita gembira ini, namun mendoakan supaya pasangan pengantin ini diberikan kebahagian melayari alam perkahwinan.

Malah rakan artis turut menulis ucapan tahniah antaranya Datin Lisa Surihani, Amyra Rosli, Aeril Zafrel, Nabila Razali, Alvin Chong dan Daiyan Trisha.

Imam sarung cincin di jari manis Hannah.

Pada September tahun lalu, Hannah yang tampil dengan imej berhijab menaf!kan penampilan baharunya itu kerana ingin berkahw!n dalam masa terdekat.

Sebaliknya, dia hanya melaksanakan tanggungjawabnya kepada Allah SWT dan mahu menjadi muslimah yang baik.

Menerusi laporan mStar pada Januari lalu, pelakon drama Cinta Sekali Lagi ini berkata dia lebih selesa berkongs! mengenai kerjaya sahaja memandangkan dirinya seorang yang tidak gemar menjual kisah peribadinya kepada umum.

Sumber:mstar

Be the first to comment on "Hannah Delisha selamat bernikah dengan pelakon Singapura, Imam Shah – “Akhirnya selepas lima tahun”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*