“Luahan Apa Yang Terbuku” – Lelaki Kongsi Foto Contengan Di Penjara Pudu Yang Kini Hanya Tinggal Sejarah

Sebut sahaja pen.ja.ra, pasti satu perkataan yang terbit di kepala ialah ‘ner4ka dunia’. Tiada yang indah di sana sebaliknya semuanya menye.sak.kan.

Bukan sahaja dig3rvn! masyarakat, malahan penj3n@y4h sekali pasti berhati-hati bagi mengelakkan mereka terhvmb4n ke dalam tirai besi ini, terasing dan dipisahkan oleh temb0k dari dunia luar.

Kerana sebaik sahaja anda bergelar penghuni di sana, apa yang tinggal hanyalah kehidupan yang svr4m, kel4m dan sepi.

Menerusi grup Facebook, Malaysiaku Dulu Dulu, seorang lelaki, Amri Daud telah berk0ngsi pengalamannya ‘menerjah’ masuk ke Penjara Pudu, bangunan tinggalan sejarah kolonial British yang sudahpun dirobohkan.

Enggan mensia-siakan peluangnya memasuki bangunan tersebut pada 2009, Amri turut mengambil beberapa foto-foto suasana didalam bangunan berkenaan yang turut dik0ngs!kan di posting tersebut.

Menurut Amri, satu perkara yang menarik perhatiannya adalah ‘seni’ contengan yang terdapat pada bahagian dinding yang rata-ratanya di dilakukan oleh penghuni pen.ja.ra itu sendiri.

Ini kerana pada pendapatnya, semua hasil contengan tersebut sebenarnya adalah mesej, dan nukilan berupa luahan hati mereka yang pernah bergelar penghuni di sana sehinggalah ke hari terakhir sebelum pen.ja.ra itu ditutup secara rasmi pada 1996.

Jom ikuti perkongsian Amri Daud di bawah:

Luahan Dinding, Pudu Jail

Sebelum Pudu Ja!l dirobohkan, sempat juga dua tiga kali aku cvri-cvri masuk dalam melihat sisa-sisa isi di dalamnya. Ada juga masuk sebab kawan minta bawa.

Dulu masuk sebab suka-suka, ambil gambar pun suka-suka, takat apa yang ada saja. Sekarang bila dah takda, menysal tu ada, kalau gambar tu diambil betul-betul, ‘harga’ dia mahal, story dia mahal.

Aku paling tertarik melihat seni-seni pada dinding pen.ja.ra. Ada yang melukis, ada yang buat kalendar ‘menghitung hari’, ada menulis puisi meluah isi hati dan ada juga sekadar menampal gambar-gambar ‘modal’ untuk mereka ‘berfantasi’.

Tapi biar apa pun yang ‘ada’ pada dinding-dinding tu, yang jelasnya segala jenis ‘seni’ yang dihamparkan itu menunjukkan luahan apa yang terbuku.

Antara luahan mereka:

“Di kamarku menyepi seorang diri”

“Tolonglah aku”

“Selamat hari raya”

“Bagai nak g!la kepala dalam pen.ja.ra”

“Karna cita-cita akhirnya aku terdampar di sini. Merengkok aku di sini dalam ketandusan akal, bat!n dan segalanya. Semoga masih ada sirna untukku bagi menyuluhi hari depanku. Amin”

Sayang, bukan niat kita untuk berpisah, tetapi sudah takdirnya begitu. Percayalah aku tetap seperti dahulu. Sayang betapa s!ksany4 aku di dalam n3rak4 ini. Tabahkanlah hatimu, aku akan kembali ke pangkuanmu”

“Karena ringgit aku jadi begini”

Ada banyak lagi, tapi gambar tak berapa jadi. Ambil gambar pun laju-laju saja sebab gelap dan takut. Aku tak menggeledah semua sel.

Ada beberapa saja di floor bawah, banyak sel yang dah dicat dindingnya, tutup segala seni si banduan.

Nak berjalan pusing kawasan pen.ja.ra aku berani lagi, tapi nak menggeledah, masuk sel satu-persatu ni hati aku tak cukup kering. Yang beberapa ni saja pon rasa dia lain mcm, meremang. Mungkin sebab aku penakut, kalau pemberani mungkin rasanya biasa saja.

Sekarang pen.ja.ra pon dah takda, yang ada cuma gambar dan cerita-cerita saja. Kapitalis ni buta, nilai pudu jail, nilai cerita2 pudu jail, nilai pengajaran dari pudu jail ni lagi mahal dari harga semasa tanah tapak pudu jail tu sendiri…

Perkongsian Amri bukan sahaja menarik perhatian ribuan netizen, malah ramai berpendapat foto yang dikongsikannya turut membuka mata mereka tentang apa yang dirasakan banduuuan sewaktu berada di dalam pen ja ra.

Malah ramai yang turut berpendapat foto-foto tersebut akan menyimpan 1001 memori memandangkan bangunan berkenaan juga tidak lagi wujud.

Lihat beberapa lagi foto yang sempat dirakam Amri di bawah :

Untuk melihat galeri penuh foto yang diambil Amri Daud, sila tekan pautan di sini atau dibawah :

https://www.facebook.com/groups/malaysiakuduludulu/permalink/664379870888955/

Nota : Kesemua foto yang dikongsikan disini adalah hak milik Amri Daud

Sumber: buzzkini

Be the first to comment on "“Luahan Apa Yang Terbuku” – Lelaki Kongsi Foto Contengan Di Penjara Pudu Yang Kini Hanya Tinggal Sejarah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*