Ramai yang tak suka Upin & Ipin dah ada rambut?

SEBUT sahaja cerita animasi Upin & Ipin, sememangnya ianya sangat popular bukan sahaja di Malaysia malah di negara jiran Indonesia, lapor portal Gulapop.

Bukan sahaja menjadi kegemaran kanak-kanak malah orang dewasa juga. Bagaimanapun, baru-baru ini watak Fizi sekali lagi telah dike.cam gara-gara katanya yang meng.hi.na fizikal Upin & Ipin.

Selepas di.e.jek oleh Fizi, Instagram @upinipinofficial ada memuat naik video memaparkan kedua adik beradik itu menangis mengadu pada Opah mereka.

Tidak hanya setakat itu, Les Copaque turut berkongsikan kepada netizen untuk memilih gaya rambut sesuai untuk Upin & Ipin.

Dalam perkongsian terbaru memaparkan Upin & Ipin sudah pun ada rambut dan turut bertanyakan adakah patut mengekalkan rambut berkenaan atau dibiarkan botak sahaja?Lebih mengejutkan ‘Upin & Ipin tumbuh rambut’ turut trending di Twitter Indonesia.

Menerusi hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata netizen kurang gemar dengan penampilan Upin & Ipin berambut dan lebih suka jika botak sahaja.

Namun, ada juga yang mengatakan ada rambut nampak lebih kacak tetapi jika botak lebih sesuai. Agak-agak mana lebih sesuai, ada rambut atau botak? Tapi tengok Upin & Ipin ada rambut nampak lebih matang pula.

Sumber: Gulapop

Be the first to comment on "Ramai yang tak suka Upin & Ipin dah ada rambut?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*