Jumlah pendaftaran suntikan vaksin masih rendah, berpunca daripada sikap ‘tunggu dan lihat’ – Khairy

SIKAP masyarakat yang mengambil pendekatan ‘tunggu dan lihat‘ menjadi antara punca jumlah pendaftaran untuk menerima sun ti kan vaksin Covid-19 masih berada pada tahap yang rendah.

Menurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, pendaftaran untuk vaksin Covid-19 hanya mencatatkan 6.1 peratus berbanding sasaran asal iaitu 80 peratus.

Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, sehingga pukul 11 ​​pagi Isnin (1 Mac), seramai 1,468,137 orang telah mendaftar untuk mendapatkan sun ti kan vaksin melalui aplikasi MySejahtera.

“Ini hanya mewakili 6.1 peratus daripada keseluruhan penduduk, berbanding sasaran asal kita iaitu 80 peratus.

“Pendaftaran agak rendah dan kita perlu meningkatkan usaha untuk lebih ramai mendaftar,” katanya ketika mesyuarat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), pada Isnin.

Menurut Khairy lagi, kerajaan sudah menjangka situasi tersebut namun turut menzahirkan kebim bangan dengan kadar peratusan yang masih rendah itu.

“Kita sudah jangka keadaan sebegini, tetapi saya percaya apabila ramai lagi barisan hadapan terima vaksin, rakyat akan lebih yakin untuk membuat pendaftaran,” ujarnya.

Beliau juga menjangkakan jumlah pendaftaran akan meningkat berikutan pelancaran hotline dan pendaftaran laman web dalam talian pada 5 Mac nanti.

“Klinik dan hospital juga telah membuka kaunter untuk pendaftaran vaksin,” tambahnya.

Menurut Khairy, setakat ini seramai 17,064 orang kini sudah menerima sun ti kan vaksin Covid-19 di seluruh negara, .

Katanya, daripada jumlah itu, Sarawak mendahului senarai mereka yang diberi vaksin dengan 7,402 penerima diikuti oleh Pahang (2,419) dan Perak (1,277). – THE STAR

Be the first to comment on "Jumlah pendaftaran suntikan vaksin masih rendah, berpunca daripada sikap ‘tunggu dan lihat’ – Khairy"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*