Diskaun 50% Saman Bermula 25 Mac Sehingga 11 April, Ini Cara Moh0n

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador telah melan carkan aplikasi portal MyBayar Saman, boleh layari https://mybayar.rmp.gov.my atau memuat turun aplikasi di Google Playstore atau Apple Store bagi memudahkan orang ramai membayar saman trafik dengan lebih pantas.

Bersempena dengan pelan caran aplikasi ini, orang ramai akan diberikan diskaun sehingga 50% bagi bayaran saman trafik.

Menerusi aplikasi ini, tiada caj perkhidmatan dikenakan malah orang ramai hanya perlu melakukan tiga iaitu Pendaftaran, Semakan dan Pembayaran.

Pendaftaran – pengguna perlu masukkan maklumat diri, isikan OTP dan log masuk portal/aplikasi
Semakan – pengguna boleh semak saman yang perlu dibayar. Notifikasi saman akan dipaparkan sekiranya ada saman baru
Pembayaran – pengguna boleh pilih mod transaksi di laman Pembayaran untuk melangsaikan saman.

Walaubagaimanapun, diskaun ini hanya boleh digunakan dalam tempoh 18 hari iaitu bermula 25 Mac sehingga 11 April 2021.

Diskaun ini juga adalah terhad dan tidak boleh digunakan bagi mereka yang melakukan kesalahan berikut :

Memandu di lorong kecemasan
Memandu melebihi had laju
Menggunakan telefon bimbit ketika memandu
Memot0ng barisan di jalan raya
Tidak mematuhi lampu syarat
Jangan lepaskan peluang ini sementara ianya masih dibuka. – Sumber & foto dipetik dari Xtra, Facebook Polis Diraja Malaysia

Be the first to comment on "Diskaun 50% Saman Bermula 25 Mac Sehingga 11 April, Ini Cara Moh0n"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*