M4yat Pencari Emas Yang Bertahun Lama Ditemui

Bau: Selepas tiga hari bertungkus lumus, anggota bomba akhirnya berjaya mengeluarkan may4t pencari emas yang tertimbus di dalam terowong sempit di kaki Gunung Tabai, di sini.

May4t Mat Tapa, 25, yang dalam keadaan tidak sempurna selepas dihempap batu, berjaya dikeluarkan pada 6.20 petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau, Tawang Lingem berkata, pihaknya menghadapi kesukaran melaksanakan operasi itu berikutan terowong yang sempit dan banyak selekoh selain struktur tanah yang tidak stabil.

Menurutnya, mereka berusaha sedaya upaya mengeluarkan may4t mangs4 sebaik ditemui pada 4.30 petang, Rabu lalu, namun pelbagai halangan menyebabkan terpaksa menangguhkan operasi sejak dua hari lalu.

“Selain sukar mengeluarkan mangsa yang tertimbus, keadaan tanah dan batu yang tidak stabil agak merbahaya bagi pasukan penyelamat.

“Mayat mangsa hanya dapat kami keluarkan dari bawah runtuhan itu pada 4 petang dan kami mengambil masa lebih dua jam untuk mengeluarkannya dari dalam terowong itu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Tawang berkata,m4yat mangs4 kemudiannya diserahkan kepada pihak polis sebelum dihantar ke Hospital Bau untuk tindakan lanjut.

Mangsa yang berasal dari Kampung Bijuray, tertimbus di bawah runtuhan batu dan tanah di dalam terowong pada awal pagi Rabu.

Dia memasuki terowong itu bersama dua rakannya untuk menggali emas di kedalaman kira-kira 80 meter.

Kejadian itu adalah yang ketiga meragut nyawa pencari emas di kaki Gunung Tabai dengan kejadian pertama pada 2011 mengorbankan seorang remaja lelaki berusia 19 tahun.

Kejadian kedua pula mengorbankan seorang lelaki pada tahun 2012 dan may4t mang4 terus bersemadi di dalam terowong itu selepas usaha mengeluarkannya menghadapi kesukaran.

Sumber dipetik dari HM

Be the first to comment on "M4yat Pencari Emas Yang Bertahun Lama Ditemui"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*