“Hebat Didikan Mak Ayah Dia”. Bergilir Ganti Solat, Akhlak Anak Kecil Ini Buat Ramai Terpegun!

Anak-anak umpama kain putih. Bersih dan suci. Bagaimana ibubapa mendidik mereka akan menentukan bagaimana mereka di kemudian hari nanti. Jadi, sebagai ibubapa haruslah kita sentiasa berikan contoh teladan yang baik buat anak-anak.

Penulis tiba-tiba teringatkan satu gambar yang pernah tular sekitar 3 tahun lalu. Bukan apa, penulis rindu suasana solat di masjid seperti yang pernah kita ada suatu masa dahulu.

Bila terindu, terus teringat gambar seorang abang yang menjaga adiknya yang masih kecil ketika bapanya sedang solat berjemaah. Walaupun sudah bergelar abang, tapi dia pada waktu tersebut masih kecil sebenarnya. Masih lagi seorang kanak-kanak.

MACAM-MACAM GAYA MASA JAGA ADIK

Apa yang mencuit hati penulis dan warganet yang melihat gambar adik tersebut pada waktu ia tular dahulu adalah gayanya sewaktu menjaga adiknya itu. Daripada posisi duduk, berubah ke berbaring dan kemudian meniarap.

Gambar terakhir gelagatnya adalah dia dah tinggalkan adik dan sertai saf solat berjemaah. Masa tu penulis tertanya-tanya dia tinggalkan adiknya dengan siapa. Nak tergelak pula bila melihat kembali gambar-gambarnya.

GAMBAR DIAMBIL DI TAWAU

Bila dicari-cari kembali, gambar-gambar tersebut telah dikongsikan oleh seorang pemuda menerusi akaun Facebook Shahrin Nasir. Perkongsian tersebut mendapat lebih daripada 16 ribu likes, 1.4 ribu komen dan 7 ribu share.

“Berdiri kagum aku seketika…melihat anak kecil ini menjaga adiknya ketika ayahnya sedang beribadah kepada penciptaNya…Cantik sungguh akhlak anak ini …tidak melepaskan tnggungjawab kepada adiknya walaupun jelas dya juga masih kecil…

setelah ayahnya selesai solat…aku terpegun sekali lagi…melihat dya pula yg beribadah kepada Tuhan…Tahniah kepada ibuBapa anak ini…Didikan anda dan Ilmu mentauhidkan Allah sngat jelas dalam diri anak anda yg comel dan taat ini…rasa cemburu bila melihat anak ini..😔😔😞

#minta izin ambil gmbar ya bang…lupa bgtaw tdi..😅

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun; bersyukurlah kepadaku dan kepada kedua ibu bapamu; dan kepada akulah tempat kembalimu.”– – Surah luqman : ayat 14”

Comel kan bila tengok gelagat si abang yang menjaga adiknya ini kan? Semoga selamanya kekal menjadi abang yang penyayang terhadap adik-adik dan mereka disekeliling.

Sumber:Medialoka

Be the first to comment on "“Hebat Didikan Mak Ayah Dia”. Bergilir Ganti Solat, Akhlak Anak Kecil Ini Buat Ramai Terpegun!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*