Menci0m Kaki Tanpa Rasa Geli, Cerita “Ayat Dari Langit” Jadi Bualan Netizen.

Baru-baru ini tu.lar mengenai aksi babak Ellie Suriaty yang menjirus kaki seorang lelaki lalu menci0m kaki tersebut membuatkan para netizen terkejut dengan lakonannya.

Babak cium kaki

Menerusi video yang tu.lar di media sosial dikongsikan oleh bambam_studios di akaun Instagramnya, babak Ellie yang sedang menjirus air lalu menci0m kaki lelaki itu menjadi perbualan hangat kerana terkejut melihat Ellie menci0m kaki seorang lelaki tanpa rasa geli.

Malah,tidak kurang juga yang memuji kehebatan lakonan Ellie yang sanggup melakukan apa sahaja dan babak yang diberikan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bambam Studios (@bambam_studios)

Babak yang tidak disangka sehingga menci0m kaki lelaki itu dilakonkan oleh Ellie dalam telefilem terbaru iaitu Ayat Dari Langit menjadi perbualan hangat para netizen.

Umum tahu, lakonan Ellie memang hebat dan berani melakukan apa sahaja babak dan watak yang diberikan tanpa rasa kekok. Walau bagaimanapun, selain daripada babak menci0m kaki terbabit, dialognya bersama Puteri Sarah Liyana yang menghalalkan z!na juga menarik perhatian netizen.

Telefilem ‘Ayat Dari Langit’ arahan Rashid Sibir akan ditayangkan pada malam ini jam 9 malam di Astro Citra

‘Gila dia cium kaki tu betul-betul’

Menjengah ke ruang komen, rata-rata warganet terkejut mengenai babak yang dilakonkan oleh Ellie serta ada yang risau jika cerita sebegini ditayangkan. Ada juga sesetengah warganet yang risau mengenai perasaan suami Ellie terhadap lakonannya isterinya itu.

Sumber : bambam_studios & 0hbulan

Be the first to comment on "Menci0m Kaki Tanpa Rasa Geli, Cerita “Ayat Dari Langit” Jadi Bualan Netizen."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*