Meremang! Netizen Kecoh Troli Gerak Sendiri Di Kawasan Parkir Pusat Membeli Belah

Satu video menggemparkan warganet yang menunjukkan sebuah troli beli-belah bergerak dengan sendiri di kawasan parkir kosong pada waktu malam.

Sedutan video itu dikongsi di laman Reddit di ruangan forum Hantu dan dilampirkan dengan maklumat, “Bukan disebabkan angin”.

Video tersebut jelas menunjukkan sebuah troli berada di sebelah tiang dan secara tiba-tiba beralih ke belakang dengan perlahan.

Perkongsian video tersebut menjadi perbualan hangat warganet sama ada ia betul kejadian paranormal atau tidak.

Sesetengah warganet memberikan komen secara gurau seperti; “Harap, mendapat beberapa tawaran yang bagus”.

“Cuba lihat, troli beli-belah dah jadi benda hidup,” ujar seorang lagi yang menyindir.

Manakala, seorang warganet menyedari kelajuan pada video dipertingkatkan dan troli itu kelihatan seakan bergerak pantas.

Sumber: Daily Star

Be the first to comment on "Meremang! Netizen Kecoh Troli Gerak Sendiri Di Kawasan Parkir Pusat Membeli Belah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*