Langgar SOP, Akhirnya Ini Hukuman Yang Neelofa Kena

KUALA LUMPUR: Usahawan dan selebriti terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Haris Ismail masing-masing dikenakan kompavn RM20,000 dan RM10,000 kerana melang.gar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Tindakan mengenakan kompavn yang tidak dibenarkan diskaun terhadap Neelofa kerana melakukan dua kesal4han, manakala Haris atau dikenali PU Riz hanya satu kesal4han.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, berkata kesal4han pertama Neelofa selaku penganjur gag4l mematuhi arahan Ketua Pengarah Kesihatan mengenai pematuhan SOP penganjuran majlis sosial apabila gag4l memastikan wujud penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter sewaktu majlis akad nikah mereka berlangsung.

Katanya, pasangan suami isteri itu juga melanggar kebenaran untuk tujuan merentas negeri yang diberikan oleh pegawai diberi kuasa di bawah subperaturan 4 (2) (d) Peraturan-Peraturan sama, memandangkan ada antara aktiviti itu berada di luar skop kebenaran diberikan polis.

Neelofa dikenakan kompavn RM20,000 kerana melanggar SOP majlis sosial dan kebenaran tujuan rentas negeri. Sementara, suaminya, Muhammad Harris dikenakan kompaun RM10,000 sahaja kerana langgar kebenaran rentas negeri

Neelofa dahagakan publisiti?

SAUDARA PENGARANG,

PERCUTIAN selebriti popular Neelofa dan pendakwah bebas Muhammad Haris Mohd. Ismail atau lebih dikenali PU Riz ke Langkawi yang didakwa menggunakan alasan kerja untuk merentas negeri ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kehilangan Muhammad Sajjad Kamaruzzaman sehingga sukar dikesan oleh pihak berkuasa hanya sekadar publisiti murahan.

Setiap tindak-tanduk mereka termasuk memuat naik video di laman sosial hanya sekadar meraih jumlah penonton bagi tujuan publisiti atau promosi secara percuma. Oleh kerana itu, Neelofa membuat naik status: “Bertenang semua di luar sana, tak launch lagi free marketing dah gegar satu negara. Syukur rezeki Allah atur. Sekarang berjuta orang tahu outlet saya akan dibuka di Langkawi.”

TANGKAP layar Instagram Neelofa yang mengundang kemarahan orang ramai.

Jelas daripada kenyataan itu, dia sengaja mewujudkan ‘bahan berita’ yang sudah pastinya mencetuskan kem4rahan ramai sehingga mendapat liputan luas dalam kalangan pengamal media.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber:mediaviral

Be the first to comment on "Langgar SOP, Akhirnya Ini Hukuman Yang Neelofa Kena"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*