“Pocong Prank Pocong” – Viral Video Hantu Ini Meloncat Takut Bila Nampak Muka Sendiri

Siapa je yang tidak takut dengan hantu pocong atau pun sering digelar sebagai ‘gula-gula’ bukan?

Hanya mereka yang pernah nampak hantu pocong depan mata saja tahu betapa seramnya makhluk halus itu kerana ramai berkata ia mempunyai wajah yang bur0k dan berbau busuk.

Namun, berbeza pula dengan sebuah video tular di aplikasi TikTok baru-baru ini apabila hantu pocong jadian diprank oleh kawan-kawannya dengan pocong ‘sebenar’ mengundang tawa ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Berlakon jadi hantu pocong, tapi bila nampak geng sendiri terus gelabah melompat takut

Menerusi video berdurasi 17 saat yang dikongsi oleh @iswantopunk86, kelihatan seorang lelaki yang berlakon menjadi hantu pocong duduk di seat belakang kereta sambil dipandu oleh seorang lagi lelaki dan wanita di sebelahnya.

Video tersebut mengundang dekah apabila hantu pocong itu diprank oleh kawan-kawannya di mana mereka menyuruh lagi seorang lelaki berlakon menjadi hantu pocong dan duduk di bonet kereta.

Apa yang lebih menghiburkan adalah sebaik saja si pocong melihat ada kelibat pocong lain di belakangnya, dia pantas menjerit dan spontan melompat ke depan kereta akibat ketakutan.

“Hahaha pocong yang di tengah kena mental. Baru kau tahu ketakutan tu macam mana” – Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah berjaya meraih sehingga 4.9M views, 272.6K likes serta 16.7K shares di TikTok.

Hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata warganet turut terhibur melihat reaksi hantu pocong itu yang kelakar.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Sumber:says.com

Be the first to comment on "“Pocong Prank Pocong” – Viral Video Hantu Ini Meloncat Takut Bila Nampak Muka Sendiri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*