[VIDEO] Terima Bungkusan Misteri. “Tak Perlu Buat Baik Sangat Dengan Orang, Tak Semua Orang Suka”

S1hir itu merupakan sebahagian daripada perbuatan sy*rik kepada Allah S.W.T dan perbuatan ini termasuk didalam dosa-dosa besar. Tujuan s1hir tiada lain selain daripada memberi mudarat kepada orang lain.

Rasanya dah terlalu lama kisah berkenaan s1hir ini ada dalam kalangan masyarakat kita. Jika suatu masa dahulu, kita hanya dapat mendengar daripada kisah orang-orang tua sahaja atau apabila kita bercakap sendiri dengan mangsa.

Namun, di era yang serba moden ini, berita sebegini dapat diketahui oleh lebih ramai orang dengan lebih mudah dan sedikit sebanyak dapat dijadikan peringatan buat kita supaya lebih berhati-hati.

JUMPA BUNGKUSAN KAIN PUTIH

Itulah apa yang dikongsikan oleh seorang pengguna Tiktok, @azieylajohan dimana beliau telah memuatnaik sebuah video yang menunjukkan barangan s1hir yang telah dihantar kepadanya oleh orang yang tidak bertanggungjawab.

TAK PERLU BAIK SANGAT DENGAN SEMUA

Menerusi video tersebut, dia ada menyelitkan caption yang bertujuan untuk menjadi peringatan yang sangat berguna buat diri kita.

Allahhuakbar takut nya tengok.. Bukan nak aib sesiapa .. Untuk pengajaran diri sendiri .. tak perlu berbuat baik sangat orang . tak semua sukakan kita”

VIDEO :

BERTUJUAN UNTUK MENGHANTAR S4KA DAN S4NTAU

Bungkusan kain putih tersebut dipercayai mengandungi campuran garam, lada hitam, paku benang merah dan juga kain batik. Dia kemudiannya telah memanggil pakar pengamal perubatan Islam untuk membuang s1hir tersebut.

BUNGKUSAN KELUAR ASAP

Pengamal perubatan Islam tersebut yang merupakan seorang ustaz telah membaca ayat suci al-Quran sambil menuang minyak masak ke atas bungkusan berkenaan. Apa yang menarik perhatian dan membuatkan mereka terkejut adalah bungkusan tersebut kemudiannya mengeluarkan asap sedangkan minyak tersebut bukanlah minyak panas.

Kelihatan juga sesuatu seperti d4rah berwarna hitam yang keluar daripada kain tersebut. Dia juga ada berkongsi video baru mengenai bahan s1hir tersebut.

AMALAN MELINDUNG DIRI DARI SlHlR

Suka untuk kami berkongsi dengan anda amalan yang ada dikongsi oleh Ustaz Syamsul Debat untuk mengelakkan diri daripada s1hir. Berikut adalah 5 amalan tersebut yang ingin dikongsikan. Ia elok diamalkan selepas solat 5 waktu dan dibaca selalu:

  • Surah al-Fatihah
    Ayat Kursi
    3 Qul (Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq, Surah An-Nas)
    Doa Nabi Yunus AS

Doa daripada firman Allah SWT:

لَّا إِلَـٰهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

Maksudnya: “Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau! Sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang yang menganiaya diri sendiri”.

(Surah Al-Anbiya’ : 87)

Sumber:medialoka

Be the first to comment on "[VIDEO] Terima Bungkusan Misteri. “Tak Perlu Buat Baik Sangat Dengan Orang, Tak Semua Orang Suka”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*