Ditetapkan Secara Automatik, Shopee Tidak Lagi Benarkan Anda Memilih Kurier Penghantar Bermula 17 Jun

Shopee hari ini telah memaklumkan kepada penjual mereka bahawa bermula 17 Jun, para pengguna Shopee tidak lagi dibenarkan untuk memilih syarikat kurier penghantar semasa melakukan pembelian.

Ini bermakna para pembeli akan diberikan kurier penghantaran secara automatik oleh sistem Shopee. Menurut Shopee, tindakan ini diambil bagi meningkatkan lagi kadar kecekapan logistik.

Rujuk paparan di bawah :

Jadi apa yang membezakannya?

Jika sebelum ini anda sebagai pembeli bebas memilih mana-mana syarikat kurier perkhidmatan yang ditawarkan penjual (dengan harga yang berbeza), namun bermula 17 jun anda hanya diberikan pilihan dari segi jenis delivery :

#1 Standard Delivery
#2 Economy Delivery
#3 Lain-lain

Contoh sistem semasa yang bakal diubah

Namun bermula 17 jun, semua ini akan diubah dimana pilihan bagi syarikat kurier ini akan dilakukan pada bahagian backbone tanpa diketahui penggguna berdasarkan tetapan oleh penjual barangan tersebut.

Apa yang dimaksudkan standard, economy delivery dan lain-lain
Standard delivery terdiri dari penyedia logistik seperti Shopee Xpress, Pos Laju, DHL, J&T , Ninjavan, Citylink Express dan The Lorry.

Manakala Economy delivery hanya diuruskan Shopee Xpress( Sea Shipping) . Bagi kategori lain-lain pula akan diruskan oleh mana-mana penyedia logistik selain yang dimaklumkan di atas.

Manfaat jenis perkhidmatan Standard
Jadi apa kelebihan sistem baru ini? Dan apakah yang pengguna dapat?

Jadi apa kata anda? Adakah anda setuju dengan perubahan ini.

Kredit Header : Businesstimes SG

Be the first to comment on "Ditetapkan Secara Automatik, Shopee Tidak Lagi Benarkan Anda Memilih Kurier Penghantar Bermula 17 Jun"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*