Saya Minta Maaf Sebab Saya Tak Tahu Saya P0Sitif C0vid

Kuala Lumpur: “Saya rasa bers4lah sebab saya tak tahu saya ada C0vid-19. Langsung tak ada gejala. Saya minta maaf kepada sesiapa yang dij4ngk!ti disebabkan saya,” kata seorang penumpang LRT, Claudia Nur Iman Anthony.

Dia disahkan p0sitif C0vid-19 selepas melakukan ujian PCR semalam dan berkongsi perkara itu di Twitternya hari ini.

Pekerja swasta berusia 25 tahun itu berkata, dia menaiki tren LRT dari Wangsa Maju jam 7 pagi semalam dan tiba di stesen Pasar Seni 45 minit kemudian.

Katanya, selepas itu dia menaiki MRT dari Pasar Seni ke Semantan.

“Selepas saya lakukan ujian PCR, saya jalani pula ujian RTK-Antigen dan didapati negatif.

“Selepas keluar keputusan PCR jam 10 pagi ini, saya didapati p0sitif dan diarahkan doktor menjalani kuarantin di rumah sementara menunggu panggilan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Claudia Nur Iman berkata, dia merasa terpanggil untuk berkongsi perkara itu di Twitter kerana sedar ramai yang menggunakan koc yang sama pagi semalam.

Katanya, dia bimbang jika tidak tampil berbuat demikian, ramai yang akan berdepan m4slah terutama jika menjadi pembawa senyap sepertinya.

“Saya langsung tidak ada g3jala. Selain itu saya juga sudah mendapatkan vaksin untuk dos pertama.

“Tetapi saya bimbang kemungkinan ada yang dijangketi,” katanya.

Justeru, dia berharap agar penumpang yang menaiki koc pintu ketiga pada waktu dinyatakan supaya menjalani ujian C0vid-19.

Sumber Dipetik Dari Harian Metro

Be the first to comment on "Saya Minta Maaf Sebab Saya Tak Tahu Saya P0Sitif C0vid"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*