Gara-Gara Lori Mahu Elak Sekatan Polis, Jambatan ‘Laluan Tikus’ Runtuh

Bagi mengelakkan mengelakkan rakyat Malaysia merentas daerah dan negeri ketika musim perayaan baru-baru ini, pihak polis telah mengenakan sekatan pada ‘laluan tikus’ di seluruh negara bagi mengelakkan pergerakkan merentas kawasan tanpa kebenaran.

Terbaharu, sebuah jambatan kecil yang menghubungkan Kampung Tanjung Jering dan Kampung Sentosa, Bachok di Kelantan telah runtuh ekoran sebuah lori cuba menyeberangi jambatan tersebut.

Rata-rata ramai pengguna Facebook mempertikaikan tindakan pemandu lori cuba merentasi jambatan kecil tersebut dan berasa senang hati kerana semua pihak tidak boleh lagi mengelak sekatan jalan raya selepas ini.

Ada juga berasa simpati dengan penduduk kampung setempat kerana kini mereka telah ‘kehilangan’ satu laluan yang mereka sering gunakan sebelum penularan wabak COVID-19 di Malaysia lagi.

Difahamkan laluan tersebut sering digunakan oleh penduduk setempat untuk mengelak melalui sekatan jalan raya yang ada di jalan utama bagi melakukan aktiviti harian.

Setakat akhir bulan Mei lalu, sekurang-kurangnya terdapat sekitar 441 buah sekatan jalan raya telah dibuat di seluruh negara. Langkah tersebut dibuat bagi membuat semakan lebih teliti ke atas pengguna jalan raya dan menyekat sebarang pergerakan yang tidak mendapat kebenaran.

Sumber dipetik dari vocket

Be the first to comment on "Gara-Gara Lori Mahu Elak Sekatan Polis, Jambatan ‘Laluan Tikus’ Runtuh"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*