VIRAL Rakaman suara rintihan rakyat tular, tiada duit teruskan hidup bikin ramai sebak

Perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0 kali ini dilihat antara cabaran terberat yang perlu dihadapi oleh rakyat Malaysia. Mana tidaknya, baru sahaja hendak ‘bernafas’ semula, penularan wabak pandemik maut ini kembali menggil4.

Jadi, sebagai langkah untuk mengelakkan lebih ramai yang dijangkiti dan meninggl dunia, usaha kerajaan dengan menutup sektor ekonomi dan sosial adalah langkah yang sangat perlu ketika ini.

Merayu2 minta lakukan sesuatu
Namun, bagaimana pula nasib rakyat? Tidak dapat dinafikan, sememangnya ada yang sangat terkesan dengan penutupan sektor ekonomi ini. Tapi apa lagi pilihan kita ada buat masa sekarang.

Justeru itu, satu rakaman suara rintihan rakyat telah tular di media sosial sehingga ramai warganet yang mendengarnya turut berasa sebak.

Nak teruskan hidup pun dah tiada duit
Dalam perkongsian yang dibuat oleh akaun Twitter menggunakan nama @bumilangit, seorang pemanggil telefon yang menghubungi lelaki di dalam video dikenali sebagai Abang Mus meluahkan kegusarannya sehingga menangis mengenangkan nasib.

Melalui percakapan pemanggil berkenaan, dia memberitahu yang sudah tidak mempunyai wang untuk hidup serta tidak mampu untuk membayar ansuran kereta juga.

“Saya susah…saya nak bayar duit kereta pun tak boleh nak bayar..tak ada.. macam mana saya nak hidup. Saya cakap terus terang Bang Mus, bulan 6 PKP, saya tak boleh bayar kereta, saya bawa kunci kereta letak dekat bank…” kata pemanggil dengan teresak-esak.

Ramai tak dapat tahan sebak
Sehubungan dengan muat naik video tersebut, rata-rata warganet yang mendengar turut sama sebak. Rayuannya memohon supaya pihak atasan memberikan bantuan sewajarnya sangat menyentuh hati sehingga ada pihak yang sanggup menghulurkan bantuan.

Sejak ia dimuat naik ke Twitter pada 30 Mei 2021, video berkenaan telah ditonton lebih daripada 700 ribu viewers. Ia juga telah dikongsikan semula sebanyak 26 ribu dan seramai 20 ribu warganet telah meninggalkan tanda suka di posting berkenaan.

Walau bagaimanapun, individu yang membuat panggilan tersebut tidak dapat dikenal pasti. Namun, luahannya yang merayu memohon bantuan begitu menyebakkan dan mewakili sebahagian rakyat Malaysia yang amat terkesan dengan pendemik ini.

Sumber: bumilangit

Be the first to comment on "VIRAL Rakaman suara rintihan rakyat tular, tiada duit teruskan hidup bikin ramai sebak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*