“Betul-betul Amar Makruf Nahi Munkar” Pak Cik Ini Selamba Tepuk Bahu Pelakon Ketika Shooting. Lawak!

Mungkin ada di antara anda pernah mengikuti atau menonton drama Split TV Series keluaran Metrowealth yang ditayangkan pada 2018 bukan?

Baru-baru ini tul4r kembali di media sosial TikTok apabila salah seorang pelakonnya, Fadzil Zahari ada memuat naik sedutan di sebalik tabir penggambaran siri berkenaan.

Adegan video Shukri Yahaya yang membawa watak lembut bersalaman dengan Fadzil dengan ayunya itu tiba-tiba ditegur seorang pak cik yang lalu di hadapan mereka.

“Haloh, Saley Teh..,” sambil menepuk bahu Shukri Yahaya. Kemungkinan besar pak cik tersebut tidak tahu mereka sedang melakukan penggambaran dan menegur Shukri yang berpewatakan lembut itu.

Ekoran daripada kejadian itu, ramai yang berdekah dan tidak tahan menahan daripada ketawa termasuk para kru di sebalik tabir.

Tonton video penuh tersebut di bawah:

“Pak Cik tak relaks, kami shooting jaa.. betul betul Amar Makruf Nahi Mungkar..” – Fadzil Zahari

Tinjauan di ruangan komen di video berkenaan pula mendapati rata-rata netizen juga turut berdekah melihat telatah pak cik berkenaan ketika menegur dua orang pelakon itu.

Malah ada juga yang meminta pihak produksi membayar pak cik tersebut kerana adegan itu sungguh melucukan dan tidak dibuat-buat.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan sudah pun meraih lebih 1.1M views, 126.7K likes dan 3K comments di media sosial TikTok.

Berikut di bawah antara komen menarik daripada netizen:

Sebagai rekod, drama Split TV series mengisahkan Maryam (Sara Ali) yang jatuh cinta Mikael (Shukri Yahya) tanpa menyedari Mikael sebenarnya mempunyai personaliti berganda

Drama tersebut merupakan adaptasi novel karya Nurul Ain Syuhada dan telah pun bersiaran 20 episod di saluran Astro Citra dan Video On Demand pada 2018. Drama ini juga diarahkan oleh Jamal Khan serta merupakan terbitan Metroweatlh.

Sumber:seismik

Be the first to comment on "“Betul-betul Amar Makruf Nahi Munkar” Pak Cik Ini Selamba Tepuk Bahu Pelakon Ketika Shooting. Lawak!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*