Jemaah Surau Menangis Bila Husain Gila Meningg4l, Jenazah Berbau Harum Dan Muka Berseri-Seri

Kisah sebenar mengenai seorang lelaki bernama Husein atau lebih dikenali sebagai Husein Si Orang Gil4 yang menjadi sering diperkatakan dalam kalangan penduduk di Klang, Selangor. Sehingga ke hari ini jemaah tetap mendoakan Husein dan merindui kehadirannya di surau.

Kemat1an yang dicembru1, ketika dimandikan sifat sebenar Husein ditunjukkan Allah

Sehingga hari ini nama Husein menjadi sebutan walaupun lelaki itu sudah meningg4l dunia dan kem4tiannya sangat dirasai. Malah ketika jen4zahnya dimandikan, tiga tukang mandi jen4zah bertukar kerana tidak sanggup akibat mengg1gil, menang1s serta seb4k melihat Allahyarham.

Bukan kerana rasa geli atau tak0t, sebaliknya terpvk4u dengan wajahnya yang dulu hitam berdaki kini berseri-seri, gigi yang berkarat jadi putih bersinar, bau busvk hilang begitu sahaja.

Seminggu surau sunyi sepi, sebulan juga silih berganti imam bertukar-tukar sebab nak mendoakan Husein. Bayangkan 30 hari setiap kali lepas solat, mesti mendoakan kesejahteraan Husein sampai menitis air mata imam dan jemaah rindukan Husein,” cerita jemaah surau.

Siapa sebenarnya Husein? Seperti diceritakan oleh salah seorang jemaah sebuah surau, Husein sering ada di surau itu bagi membantu mengutip sampah di atas karpet dan menyimpannya dalam poketnya. Walaupun pernah diberikan penyapu untuk memudahkan kerjanya, namun Husein tetap mahu mengutip sampah menggunakan tangan kerana ingin mengutip pahala berganda daripada Allah.

“Patutlah dah lama tak nampak Husein, rupa-rupanya di dah pergi meningg4lkan dunia yang fana ini. Dia digelar Husein Gil4 sebab dari zahirnya kita lihat di tak seperti orang biasa atau normal.

Rugilah kalau aku pakai penyapu, kalau satu aku kutip guna tangan… 10 kali ganda Allah berikan pahala kepada aku.

Tidak hanya mengutip sampah, Husein juga ringan tulang mencuci bilik air surau menggunakan berus giginya sendiri. Kata jemaah itu, Husein akan memberus lantai, dinding bilik air dengan bersungguh-sungguh sehinggakan satu bilik air tidak siap dicuci kerana dia menggunakan berus gigi.

Tidak cukup dengan itu, jemaah itu memberitahu antara sikap mulia Husein apabila dia sering mengutip butiran nasi sebelum diletakkan di lantai untuk memberi makan kepada semut.

“Astaghfirullahalazim. Orang bagi duit dia tidak mahu kerana katanya dia ada tangan, ada kaki boleh jalan cari makanan orang buang, membazir berdosa. Dia tak perlukan duit. Dia beritahu hanya makan untuk hidup dan bersihkan surau… Subhanallah!,” cerita jemaah itu.

Pernah suatu hari, muazin surau lambat tiba untuk azan solat Maghrib dan Husein menawarkan diri untuk mengalunkan azan dan saat itu imam serta jemaah menitiskan air mata. Mana tidaknya, azan yang dialunkan Husein cukup sempurna sehingga menimbulkan keinsafan dalam diri jemaah yang mendengarnya.

Menyingkap kisah sebenar tentang Husein, jemaah itu memberitahu lelaki itu sebenarnya seorang pelajar di sebuah sekolah pondok namun menjadi m4ngsa d3ra ibu tiri dan bapanya sehingga dia tertek4n dan mula merayau tidak tentu arah.

Tambah jemaah itu lagi, kisah Husein boleh dijadikan iktibar kepada kita yang masih hidup dan mencari kesempurnaan di dunia persinggahan sementara ini. “Allah pandang nawaitu kita, hati kita, ketulusan dan keikhlasan serta keimanan, ketaqwaan, keislaman, ketaatan dan kesetiaan kita… Bukan pada rupa, warna kulit, status, harta, pangkat, darjat dan kepuraan zahir dan batin.

Akhir Kata

Semoga Allah Menjaga Kita Daripada Ajaran-Ajaran Yang Terpasong..Insyaallah.

Sumber Dan Rujukan

Majalah Harian

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Be the first to comment on "Jemaah Surau Menangis Bila Husain Gila Meningg4l, Jenazah Berbau Harum Dan Muka Berseri-Seri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*