Subhanallah, Kal1mah Allah Jelas Kelihatan Pada Dag1ng K0rban

Viral, perkongsian di Facebook oleh orang ramai mengenai penemuan perkataan berbentuk kalimah Allah pada daging k0rban.

“MASHAALLAH ALLAHUAKBAR! First time dalam hidup Nori tengok betul betul depan mata, terpampang nama Allah. Biasa tengok orang lain share je, tengah duk lapah, potong daging tup tup abang ipar tunjuk terang dan jelas”

Itu adalah perkongsian dari facebook milik salah seorang warganet. Beliau begitu teruja apabila kali pertama melihat perkara seperti itu.

Sebenarnya ini bukanlah kali pertama kejadian penemuan perkataan berbentuk kalimah Allah ini dilaporkan. Selain dijumpai pada potongan daging, terdapat juga laporan ia ditemui pada daun, pada pokok, ada juga dilihat pada awan, pada anggota badan seperti telinga dan juga ditemui pada objek objek lain.

Sudah menjadi lumrah dalam masyarakat kita, penemuan sebegini selalunya mengundang kekaguman dan keterujaan yang melampau.

Tidak salah sekiranya kita berasa teruja dan memuji kebesaran Allah pada setiap penemuan tesebut. Tetapi janganlah kita sampai terlalu t4ksub dan berlebihan dengan menganggap ia satu keajaiban, kerana Islam bukan begitu.

Setiap sesuatu yang diciptakan oleh Allah semuanya adalah sangat istimewa, seharusnya kita sentiasa memuji kebesaran Allah. Bukan hanya apabila berjumpa dengan penemuan sebegitu sahaja.

Jika begitu, adalah lebih baik kita buka kitab suci Al-Quran pasti kita akan menjumpainya dengan terang dan jelas kalimah Allah tanpa perlu bersusah payah untuk mencarinya di merata tempat.

Sila kongsi sekiranya bermanfaat, dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini.

Sumber:HarianArticles

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Be the first to comment on "Subhanallah, Kal1mah Allah Jelas Kelihatan Pada Dag1ng K0rban"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*