Kisah Nyata,Bukan Drama,Artis Cilik Lebih Rela Tidak Berlakon Daripada Membuka Tudung -Tegasnya-

Tegas Pelakon Mia Sara Nasuha

Lebih Rela Tidak Berlak0n Daripada Membuka Tudung Tegas Pelakon Mia Sara Nasuha.

Baru-baru ini hangat diperkatakan apabila pelakon, Mia Sara Nasuha mendedahkan masih ada syarikat produksi memintanya untuk membuka tudung sedangkan dia sudah pun berhijab sejak lima tahun lalu.

Baru-baru ini, ketika dijemput menerusi program di TV Al-Hijrah, Mia tampil mendedahkan bahawa perkara tersebut sudah beberapa kali berlaku sejak dia mula berhijab lagi. Lebih mengejutkan, 90 peratus syarikat produksi Muslim memintanya untuk membuka tudung.

“Sejujurnya, selama dekat lima tahun saya bertudung, 90 peratus orang yang suruh saya buka tudung adalah Muslim.

“Masa itu saya tersinggung. Awak (produksi) Muslim dan awak tahu bukan tidak tahu. Tapi tetap suruh macam itu juga. Bagi saya ia sangat tidak menghormati,” katanya.

Mia berkata isu tersebut sudah lama dipendamnya dan dia perlu mempertahankan diri serta ramai lagi artis lain yang senasib dengannya.

“Saya rasa saya perlu pertahankan diri saya dan orang Islam yang lain. Sebab itu saya buat keputusan untuk bercakap tentang perkara ini. Saya tahu ramai lagi artis lain yang kena tetapi masih tidak bersuara tentang benda ini,” katanya.
Terdahulu, gadis berusia 16 tahun itu berkata ramai yang menyangka dia sudah tidak aktif berlakon tetapi sebenarnya dia terpaksa menolak banyak tawaran. Tegasnya, dia lebih rela tidak berlakon daripada membuka tudung.

Sumber Dan Rujukan

Breaking 78

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa juga untuk follow kami di Fb DUNIA MEDIA!

PERHATIAN : KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HIN44N ATAUPUN CAC14N.

Pihak DUNIA MEDIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak DUNIA MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terima kasih.

Be the first to comment on "Kisah Nyata,Bukan Drama,Artis Cilik Lebih Rela Tidak Berlakon Daripada Membuka Tudung -Tegasnya-"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*