Mula bandingkan diri dgn Mamat Khalid. Sekali warganet tampil bidas kenyataan Aziz M Osman.

Kehilangan pengarah terkenal, Allahy4rham Mamat Khalid masih dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi para penggiat seni tanah air. hasil karya sutradara yang terkenal dengan filem berbentuk komedi dan sinikal ini pasti akan dirindukan kita semua. Hal yang sama turut yang dirasakan oleh pengarah, Aziz M Osman menerusi tweet terbarunya di laman twitter peribadinya. “Mat, aku tak akan boleh jadi macam kau #mamatkhaliddalamkenangan”

Seperti yang dilaporkan oleh Getaran MY, Aziz antara sutradara tempatan yang rapat dengan Mamat malah persahabatan mereka di antara mereka mula terjalin sejak era 90-an. Ketika itu Aziz bertugas di syarikat produksi Nizarman Sdn Bhd.

Aziz Ada Niche Sendiri

Walaubagaimanapun, kenyataan yang dikongsikan oleh Aziz ini telah dibid4s oleh para warganet di laman twitter. Rata-rata mereka tidak bersetuju dan menganggap Aziz dan Allahyrham Mamat Khalid memiliki kelebihan masing-masing. “Uncle Aziz dalam kategori sendiri, ada niche sendiri, ada legasi sendiri, ada peminat sendiri. Sama dengan Pak Mamat, Uncle Aziz pun dah banyak keluarkan filem hebat. Sama2 bagi sumbangan banyak dekat perfileman Malaysia Teruskan ke depan Uncle”- tulis akaun @_mrishaq

Kedua-duanya Sama Hebat

Dalam pada itu, seorang warganet merasakan kedua-dua pengarah ini sama-sama hebat dan memiliki hasil kerja yang menakjubkan. “Sejujurnya anda sama-sama hebat. Awak dan Mamat Khalid telah menggembirakan saya dan ayah saya. Tanpa anda, Mamat Khalid dan Yasmin Ahmad, saya tidak tahu sama ada saya akan menonton filem buatan Malaysia atau tidak. Jadi terima kasih banyak atas kerja-kerja anda yang menakjubkan!”- tulis pengguna twitter dengan akaun @justmoomin.

Berharap Legasi 4rwh Dapat Diteruskan
Tak kurang juga yang berharap Aziz dapat meneruskan legasi Allahyrham Mamat Khalid dengan membawa kisah-kisah rakyat ke layar perak. “Dia satu, tiada duanya. Itu tentu. Tapi, bagi kami, abang penerus legasi 4rwh yang sesuai untuk bawa kisah-kisah rakyat ke skrin TV dan layar perak.” tulis akaun twitter @Mr_Dixxy.

Nampaknya begitu ramai yang memberi kata-kata semangat kepada Aziz disaat dia kehilangan orang yang tersayang. Difahamkan Aziz sempat bersama Allahyrham Mamat Khalid di saat-saat akhir di hospital. Malah dia berpeluang mengucapkan selamat tinggal kepada 4rwh dalam momen yang sangat intlm. “Saya rasa tenang kerana saya dapat meluangkan detik-detik terakhir saya dengan 4rwh di hospital. Saya dapat mengucapkan selamat tinggal kepada Mamat dalam momen yang sangat intlm,” katanya kepada Getaran MY.

Sumber : Getaran My

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa juga untuk follow kami di Fb DUNIA MEDIA!

PERHATIAN : KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HIN44N ATAUPUN CAC14N.

Pihak DUNIA MEDIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak DUNIA MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terima kasih.

Be the first to comment on "Mula bandingkan diri dgn Mamat Khalid. Sekali warganet tampil bidas kenyataan Aziz M Osman."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*