Kahwin dgn pemuda Muslim. Rupanya Ini Alasan Kenapa Bill Gates Tidak Mahu ‘Menantu Miskin’

Pada 15 Oktober lalu, anak sulung pengasas Microsoft, Bill Gates, Jennifer Katherine, 25 tahun selamat melangsungkan perkahwinan bersama seorang pemuda dari Mesir, Nayel Nassar, 30 tahun.

Menantu Bill Gates, Nayel yang merupakan seorang penunggang kuda profesional juga merupakan ahli perniagaan yang mana nilai kekayaannya sendiri sudah mencec4h $100 juta.

Susulan perkahwinan tersebut, jawapan Bill Gates kepada soalan ‘adakah beliau menerima sekiranya anak perempuannya berkahwin dengan lelaki sederhana atau lelaki misk1n?’ semasa menjadi panel speaker kembali tular.

Alasan Kenapa Bill Gates Tidak Mahu ‘Menantu Miskin’ 
Sumber: Instagram @jenniferkgates
Menurut sumber Medium, jawapan yang diberikan Bill Gates bagi menjawab persoalan tersebut cukup mudah dan mengubah persepsi orang mengenai kaya dan miskin.

Bagi Bill Gates, kekayaan bukanlah bermaksud memiliki akaun bank yang tebal tetapi kebolehan untuk mencipta kekayaan.

Memberi contoh individu yang menjadi kaya kerana menang loter1, bagi beliau orang berkenaan bukanlah orang kaya tetapi orang m1skin dengan duit yang banyak dan disebabkan itulah hampir 90% daripada jutawan loter1 kembali jatuh miskin selepas lima tahun.

Ada juga orang kaya tetapi tiada duit, sebagai contoh usahawan yang sudah menuju ke arah kekayaan dan tidak memiliki duit kerana melabur untuk mengembangkan pengetahun mengenai kewangan. Dan itulah kekayaan.

Bagaimana orang kaya dan orang m1skin berbeza?

Orang kaya mungkin mat1 untuk menjadi kaya, manakala orang m1skin boleh membvnuh untuk menjadi kaya.

Bill Gates berpendapat, jika seorang anak muda sedang berusaha berlatih, belajar sesuatu yang baru dan konsisten menambah baik dirinya, beliau adalah orang yang kaya.

Namun jika seorang anak muda menganggap bahawa masal4hnya adalah negara dan menganggap orang kaya semuanya adalah pencur1 dan sentiasa mengkr1tik, itulah dia orang yang miskin.

Ini kerana orang kaya yakin bahawa mereka hanya memerlukan maklumat dan latihan, manakal orang miskin berpendapat bahawa orang lain mesti memberikan beliau duit.

Memberikan kesimpulan bahawa anak perempuannya tidak akan berkahwin dengan lelaki miskin, yang dirujuk beliau bukanlah wang, tetapi keupayaan mereka untuk mencipta kekayaan.

Anak Bill Gates kahwin dengan pemuda Muslim

NEW YORK: Anak perempuan sulung pengasas Microsoft, Bill Gates berkahwin dengan seorang pemuda Muslim pada Jumaat lalu di New York.
Jennifer, 25, dilaporkan melangsungkan perkahwinan dengan seorang pemuda dari Mesir, Nayel Nassar, 30, dalam satu majlis kecil-kecilan mengikut Islam yang diadakan secara rahsia.

Bagaimanapun, setakat ini masih tidak diketahui sama ada Jennifer sudah menganut agama Islam atau tidak walaupun majlis kecil-kecilan secara Islam diadakan.
Majlis kecil-kecilan itu diadakan di ladang kuda yang menjadi milik anak perempuan Gates seluas 57.46 hektar di North Salem, New York sementara majlis perkahwinan besar-besaran pula diadakan di rumah Jennifer di Westchester, New York pada Sabtu lalu dengan dihadiri kira-kira 300 orang tetamu.

Anak perempuan Gates itu meminta mereka yang datang ke majlis perkahwinan tersebut mendapatkan vaks1n COVID-19 terlebih dahulu sebelum dibenarkan untuk menghadiri majlis perkahwinan tersebut.

Pada Ahad pula, satu majlis makan tengah hari diadakan di sebuah restoran.

Gates dan bekas isterinya, Melinda yang mengumumkan percera1an pada Ogos lalu menyiarkan gambar-gambar perkahwinan anak perempuan sulung mereka itu di akaun Instagram masing-masing.

Mereka berdua turut menghadiri majlis perkahwinan tersebut.

Majlis perkahwinan besar-besaran itu dianggarkan melibatkan kos kira-kira AS$2 juta (RM8.34 juta).
Gates merupakan salah seorang individu terkaya di dunia dengan nilai kekayaannya dianggarkan AS$132 bilion (RM550.64 bilion).

Ibu bapa menantu Gates itu pula warga Mesir bertaraf jutawan.

Suami Jennifer itu pernah menjadi wakil Mesir dalam beberapa pertandingan ekuestrian dan yang terbaharu mewakili negaranya dalam Sukan Olimpik di Jepun.
Jennifer dan Nassar yang mempunyai syarikat perniagaannya sendiri berkenalan ketika mereka menuntut di Universiti Stanford. – Agensi

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa juga untuk follow kami di Fb DUNIA MEDIA!

PERHATIAN : KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HIN44N ATAUPUN CAC14N.

Pihak DUNIA MEDIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak DUNIA MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terima kasih.

Be the first to comment on "Kahwin dgn pemuda Muslim. Rupanya Ini Alasan Kenapa Bill Gates Tidak Mahu ‘Menantu Miskin’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*