Teringat dulu dapat gaji RM1,200, ini reaksi paduvIqbal dgn PA baru

ALL the best! Itu ucapan ringkas usahawan kontroversl Ahmad Iqbal Zulkefli kepada pembantu peribadi (PA) baharu Datuk Seri Vida yang dikenali sebagai Qush.

terdahulu
Mengakui tidak ambil tahu mengenai perkara berkenaan, Iqbal berharap Qush atau nama sebenar Syed Qusyairi Syed Mahmud Iskandar dapat bekerja dengan baik bersama bekas majikannya itu.

“Sejujurnya saya tak ambil tahu tentang dia (Vida). Saya ada ternampak berita tentang PA baharu dia tu, tapi saya tak baca selanjutnya.

“Saya mampu cakap all the best saja la… saya tak ada hak nak komen lebih-lebih, cuma pesanan saya kerja baik-baik.

“Dia kena lalui pengalaman itu sendiri, belajarlah sendiri tengok cara kerja DSV, saya tak boleh nak cakap apa-apa cuma bersedialah dengan sebarang kemungkinan.

Iqbal tak ambil tahu mengenai PA baharu Vida.

“Untuk makluman pemilihan saya dulu tak sama macam sekarang, saya diujl buat banyak kerja, selepas setahun baru dilantik jadi PA dengan gaji RM1,200. Yang sekarang ni DSV terus popularkan. Sangat berbeza!” katanya kepada mStar.

Sikit pun saya tak terasa hatl… cuma tak sabar nak tengok drama seterusnya, saya dah masak dengan perangai DSV

Pada malam Khamis, Vida menerusi Instagram mengumumkan Qush yang juga merupakan personaliti media sosi4l berjaya mengisi kekosongan jawatan PA dengan bayaran gaji RM10,000.

Kisah pencarian PA oleh jvtawan kosmetik ini menarlk perhatian netizen sejak Disember tahun lalu, di mana antara kriteria calon mestilah lelaki muda dan memiliki wajah kacak.

Qush tak mahu campur urusan peribadi Vida.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Hujan ini berkata dia tidak ambil pusing dengan pelantikan tersebut yang disifatkan hanya sebagai gimik atau marketing.

“Sikit pun saya tak terasa hatl… cuma tak sabar nak tengok drama seterusnya, saya dah masak dengan perangai DSV.

“Kalau tanya saya secara peribadi besar kemungkinan PA baharu ni ada taste yang DSV suka, kulit putih, soft spoken dan senang mengikut permintaannya,” ujarnya.

“Bekerja Dengan DSV Bukan Sebab Wang Ringgit, Tapi Saya Mahu Belajar”

Semalam, usahawan kosmetik Datuk Seri Vida mengumumkan pembantu peribadinya yang baru bernama Qush yang juga merupakan seorang influencer.

Jejaka berusia 26 tahun itu berkata gaji yang ditawarkan RM10,000 sebulan itu bukan pendorong untuk berkhidmat sebagai PA Vida namun dia mahu menimba lebih banyak pengalaman.

Qush atau nama sebenarnya Syed Qusyairi Syed Mahmud Iskandar berkata dia sudah pun memiliki perniagaan senditi dan mempunyai pendapatan kukuh.
“Soal bayaran gaji itu saya letak di perkara ketiga atau keempat. Ia bukan sebab utama saya terima jawatan ini.

“Bekerja dengan DSV bukan sekadar wang ringgit, ia lebih kepada pengalaman yang mahu saya peroleh dan belajar. Saya juga ada perniagaan sendiri dan Alhamdulilah punya pendapatan yang kukuh,” katanya.

Kata jejaka itu lagi dia tertarik untuk menerima tawaran Vida kerana keperibadian wanita itu yang terbuka menerima pendapat orang muda untuk hasil yang lebih baik.

“Saya melihat DSV seorang yang baik dengan pekerjanya. Beliau juga sering melakukan amal dengan menghulurkan bantuan kepada anak-anak tahfiz. Itu membuat saya tertarik untuk terima tawaran ini.

“Kita semua tahu beliau seorang yang sangat spontan termasuk ketika mencipta kandungan di media sosial. Walaupun sudah berpengalaman, beliau sedia dan terbuka menerima idea-idea baru,” katanya.

Dalam pada itu, jejaka berasal dari Kuala Lumpur itu berkata dia akan cuba sebaik mungkin bersikap profesional serta tidak mencamprkan urusan peribadi.

“Saya tahu mungkin orang akan kaitkan dengan cerita-cerita peribadi apabila saya rapat dengan DSV. Sebagai pembantu peribadi beliau, saya amalkan sikap profesional.

“Lama-lama nanti orang akan nampak hasil kerja kami bersama dan berhenti bercakap perkara tidak benar,” katanya.

Sumber: Mstar Online Via RotiKaya

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa juga untuk follow kami di Fb DUNIA MEDIA!

PERHATIAN : KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HIN44N ATAUPUN CAC14N.

Pihak DUNIA MEDIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak DUNIA MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terima kasih.

Be the first to comment on "Teringat dulu dapat gaji RM1,200, ini reaksi paduvIqbal dgn PA baru"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*