[VIDEO] DJ radio bahasa Inggeris sebut perkataan ‘ringgit’ dengan slang mat saleh, Adibah Noor tegur jangan mengada-ngada!

MENGADA-NGADA! Itu yang disifatkan penyanyi Adibah Noor ketika menegur penyampai radio berbahasa Inggeris yang menyebut perkataan ringgit dengan slang Inggeris.

Menurut Adibah, 52, cara sebutan tersebut keterlaluan sedangkan penyampai itu dibesarkan di Malaysia dan sudah menggunakan perkataan itu sejak kecil.

“Kadang-kadang tak faham apabila dengar stesen radio berbahasa Inggeris.

“Jika anda orang Malaysia dan bukan berasal dari luar negara, jangan nak mengada-ngada sebut ‘ring it’ sedangkan sebutan sebenar ‘ringgit’.

“Daripada kecil lagi dah sebut ringgit, hanya kerana jadi penyampai radio bahasa Inggeris tak boleh sebut ringgit,” ujar Adibah dalam satu video di Instagram miliknya.

Adibah suka berkongsi ilmu untuk manfaat ramai

Sebelum ini, bekas peserta Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) ini juga pernah menegur ucapan seorang menteri kerana tersalah menyebut beberapa perkataan dalam bahasa Inggeris.

Selain itu, Adibah juga pernah membetulkan kesalahan sama yang dilakukan oleh penyampai berita sebelum ini.

Biarpun pernah dikritik, Adibah memberitahu ia tidak pernah patahkan semangatnya untuk terus berkongsi ilmu dengan orang ramai.

“Tujuan dan niat saya adalah untuk berkongsi apa yang sya tahu, memperbetulkan sebutan dan bukan nak jatuhkan sesiapa,” ujar Adibah dalam temubual bersama mStar sebelum ini.

Sumber mstar via news 21

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa juga untuk follow kami di Fb DUNIA MEDIA!

PERHATIAN : KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HIN44N ATAUPUN CAC14N.

Pihak DUNIA MEDIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak DUNIA MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terima kasih.

Be the first to comment on "[VIDEO] DJ radio bahasa Inggeris sebut perkataan ‘ringgit’ dengan slang mat saleh, Adibah Noor tegur jangan mengada-ngada!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*