Demi Konten, Lelaki Ini Masak Nasi Goreng Beralaskan Tilam & Guna Seterika

Jika di Malaysia kita ada Khairulaming yang sering berkongsikan resipi masakan, siapa sangka di Jepun juga ada seorang lelaki yang turut suka berkongsikan video dia memasak.

Tilam ganti kuali

Difahamkan, individu yang digelar Haritsuu ini berasal dari Indonesia dan menetap di Jepun. Bagaimanapun, video masakan yang dikongsikan oleh individu ini lain daripada yang lain dan boleh buat penonton ‘kembang tekak’.

Dalam salah satu video, individu ini ada berkongsikan resepi dia memasak nasi goreng beserta ayam. Uniknya, dia memasak tanpa menggunakan dapur, sebaliknya hanya menggunakan tilam sebagai alas. Sebagai ganti, dia menggunakan seterika untuk memasak nasi goreng.

Kunyah cili dan bawang

Lebih unik, bahan yang digunakan untuk rempah nasi goreng seperti cili dan bawang putih tidak dipotong seperti biasa. Sebaliknya individu ini menggigit dan menghancurkan bahan tersebut dengan menggunakan mulut sebelum meludah kembali ke atas tilam yang bertindak sebagai dapur itu.

Dalam satu video lain pula, individu ini ada satu resipi seperti daging masak kicap. Menariknya, untuk mengambil kuah yang diserap di dalam tilam, dia mengambil kuah tersebut dengan menekan tilam menggunakan sudu.

IMG_7323

Warganet ramai kembang tekak

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet berasa ‘kembang tekka’ dengan video-video masakan individu ini. Ada juga yang berpendapat ini hanyalah konten semata-mata, namun masih kurang bersetuju dengan cara lelaki ini menyediaka makanan.

“Macam mana dia boleh tak sakit pervt? Mesti antibodi dia kuat”, komen seorang warganet.

Ada yang sanggup makan masakan lelaki ini?

Sumber sinar viral

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa juga untuk follow kami di Fb DUNIA MEDIA!

PERHATIAN : KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HIN44N ATAUPUN CAC14N.

Pihak DUNIA MEDIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak DUNIA MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terima kasih.

Be the first to comment on "Demi Konten, Lelaki Ini Masak Nasi Goreng Beralaskan Tilam & Guna Seterika"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*