Kem4tian Tangmo: Muncul rakaman terbaharu. Identiti ‘individu’ di atas bot tarik perhatian P0lis

BANGKOK: Polis Thailand dilapor sedang menyi4sat satu bukti baharu video dipercayai rakaman sebelum pelakon TV Pattarathida “Tangmo” Patcharaveerapong terj4tuh ke dalam sungai bulan lepas.

Rakaman menunjukkan seseorang sedang berdiri dan duduk di belakang bot yang dipandu laju sepanjang Sungai Chao Phraya pada malam kejadian.

Bagaimanapun, polis tidak menyatakan sama ada orang yang dilihat dalam rakaman itu adalah pelakon tersebut, lapor Bangkok Post.
Pesuruhjaya Wilayah Polis Wilayah 1 Pol Lt Jen Jirapat Phumuchit berkata penyi4sat telah memperoleh “bukti baharu” daripada video CCTV yang diambil dari bangunan di tepi sungai Chao Phraya.

Beliau berkata rakaman itu menunjukkan seseorang berdiri dan duduk di bahagian belakang bot laju pada jam 10.34 malam, 24 Feb lalu pada waktu sebelum aktres itu terj4tuh ke dalam sungai.

“Bukti ini berguna kerana ia akan membantu penyi4sat mendapatkan kejelasan berhubung kes ini,” kata Jirapat.

Beliau berkata polis akan meminta pakar dari syarikat produksi untuk membantu meningkatkan kejelasan rakaman dan memeriksa koordinat GPS bot laju itu.
Sementara itu, pengarah Institut Sains Forensik Pusat Kementerian Kehakiman Pol Kol Songsak Raksaksakul berkata institut itu akan menu.buhkan panel bagi menjalankan bed4h si4sat kedua m4yat Pattarathida sepertimana diminta ibunya, dan akan menjemput doktor dari institut lain untuk menyertainya.

“May4tnya akan disimpan di Hospital Universiti Thammasat, dan pemeriksaan semula dijangka selesai dalam tempoh tidak kurang daripada 30 hari,” kata Pol Col Songsak.
May4t aktres itu sepatutnya sudah dib4kar, tetapi ibunya pada Sabtu memohon penyi4sat untuk memindahkan m4yat ke institut untuk pemeriksaan semula.

Ketua Jabatan Siasatan Khas (DSI) Trairit Temahiwong berkata DSI akan menyi4sat kes itu jika keluarga Pattarathida meminta jabatan itu berbuat demikian.

Bekas pengarah Institut Sains Forensik Pusat Khunying Dr Pornthip Rojanasunant pada hantarannya di Facebook bahawa keluarga itu mungkin mempunyai peluang yang sukar untuk mengakses kepu.tusan bed4h si4sat.
Beliau berkata ramai orang tersil4p bahawa hanya polis mempunyai akses kepada laporan ini.

Mengikut undang-undang, doktor forensik mempunyai kewajipan untuk mended4hkan kebenaran.

Namun memandangkan bed4h si4sat di Thailand telah disekalikan dalam sias4tan polis, proses itu mungkin tidak telus sepertimana sepatutnya, kata Dr Porntip.

Beliau berkata Thailand harus menerima pakai Protokol Minnesota PBB, satu set garis panduan yang menyatakan bahawa doktor perlu bebas dan telus.

sumber: mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa juga untuk follow kami di Fb DUNIA MEDIA!

PERHATIAN : KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HIN44N ATAUPUN CAC14N.

Pihak DUNIA MEDIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak DUNIA MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terima kasih.

Be the first to comment on "Kem4tian Tangmo: Muncul rakaman terbaharu. Identiti ‘individu’ di atas bot tarik perhatian P0lis"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*